pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Monday, March 21, 2011

NASIB LIBYA HARI INI

Assalamualaikum semua...

keengganan Muammar Gaddafi mengundurkan jawatannya sebagai Presiden Libya yang sudah 42 tahun memerintah akhirnya mengundang kepada campurtangan kuasa asing.kedatangan kuasa asing yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis(tentera bersekutu) telah merubah sama sekali keadaan Libya hari ini.

semalam,pasukan tentera bersekutu ini telah pun melancarkan 112 peluru berpandu Tomahawk ke arah 20 sasaran di kawasan pantai Libya.turut mengalami kesannya ialah Benghazi yang merupakan bandar kedua terbesar Libya.bandar ini merupakan kubu kuat pemberontak yang ingin Gaddafi berundur.bagi pemberontak dalam negara tersebut,kedatangan tentera bersekutu ini dijangka mengubah momentum untuk memihak kepada mereka selepas tentera Gaddafi mampu menyingkir mereka daripada beberapa bandar di sini.

serangan daripada tentera bersekutu ini adalah campur tangan ketenteraan antarabangsa terbesar di rantau Arab sejak pencerobohan ke atas Iraq pada 2003.

AKU?jangan mudah percaya dan suka hati dengan kedatangan orang luar yang kononnya akan membatu kita,sebenarnya mereka itulah DALANG,MUSUH yang akan memakan kita akhirnya.kedatangan mereka bukanlah bertujuan untuk membantu SEMATA tetapi bak kata pepatah "serampang 2 mata". semuanya ada makna... bukan nak tolong saja...

lihat sahaja di Iraq-semasa zaman rejim Saddam-betapa pada mulanya,rakyat Iraq bergembira bila tentera AS masuk ke sana.kononnya mereka itu akan memberi dimensi baru kepada negara Iraq tapi akhirnya...bagaimana Iraq sekarang? habis madu,sepah dibuang...

ALAHAI...

5 comments:

  1. yang hairannya mana OIC sejak krisis ni mula lagi..Amerika pulak yang datang dulu

    ReplyDelete
  2. tulah,negara Islam mana berani nak buat cam tu.dah sah2 semangat assabiyah mrk tu takkan buat mrk bersatu nak lwn US ni.msg2 jaga hal sdri.w/pn negara msg2 tu byk hasil utma dunia,mrk takkan mampu utk bersatu apatah lagi utk menakut2kan US @ yg lain2 .

    ReplyDelete
  3. barat memang suka ambil kesempatan keatas mana mana negara yg dihimpit krisis,terutamanya...negara negara pengeluar minyak,yg kebanyakkannya negara islam.keangkuhan mereka memang tak dpt dinafikan lagi.tambahan pula dengan situasi negara negara islam yg tidak bersependapat dan bersatu.maka kelemahan inilah yang menjadi senjata utama kpa mereka utk melemahkan lagi umat islam.tang kes libya ,alangkah baiknya kalau m gadafi tunduk terhadap gesaan penentangnya sebelum barat menangguk di air keruh.sekurang kurangnya libya tidaklah seteruk hari ini.

    ReplyDelete
  4. biasalah yg bernama manusia yg tamakkan pangkat dan sayangkan hidup penuh kemewahan dan segala penghormatannya padanya,adalah tidak mudah untuk melepaskannya .
    sungguhpun desakan kiri dan kanan utk meminta berundur tp itu bukan prinsip mereka meskipun nyawa rakyat sebagai galang ganti.tu semua,di negara kita kena ambil ikhtibar.

    ReplyDelete
  5. ya..memang wajib kita ambil iktibar....terutama sekali kpd salah seorang pemimpin negeri di di negara ini.dia dah memimpin selama puluhan tahun.rakyat ingin dia berundur utk mimberi peluang kpd org lain.tp dia masih kekal pd hari ini sbg Ketua Menteri.yg baiknya rakyat m'sia ni...tak pandai dan tak mau merusuh atau m'juk perasaan.tapi pemimpin itu janganlah ambil kesempatan diatas sikap rakyat yg lebih kpd berdiam diri.lainlah halnya dgn Tun Mahathir....beliau mengundurkan diri dalam keadaan rakyat masih benar2 memerlukan khidmatnya serta menyanjung tinggi kepimpinannya.maka pengundurannya adalah yg paling bermaruah.tapi...kalau pengunduran seseorang pemimpin itu diiringi oleh tunjuk p'saan dan darah rakyat yg tidak berdosa,adakah pengunduran itu bermaruah?dan dimanakah maruah pemimpin itu sendiri....anda tentu tahu menilainya.wassallam...

    ReplyDelete

Blog Archive

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala