pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Thursday, March 31, 2011

YANG KECIK NI JUGA YANG KENA?

Assalammualaikum semua...panjang daripada biasa entri aku hari ini.

ni nak citer tragedi semalam yang menimpa aku.dek kerana tu,hilang mood seketika-terkejut punya pasal-ambil masa untuk meredakan perasaan.huhu...sampai kan Kemboja Putih pun semalam terlepas.

tengari semalam dalam pukul 12.30 aku ke Bank Islam di Jalan Wangsa Perdana(dekat dengan Wangsa Walk).kat sini rata-rata kereta parking double line.yelah dah bangunan businesskan,memang crowded sikit area ni.aku pun double parking jugaklah.sebelum keluar aku letakkan no handpohe aku di atas dashboard kereta,kot-kot ada sesiapa nak keluar nanti boleh call aku.

nak dijadikan cerita...aku keluar dari bank tersebut dalam pukul 1.20++ gitu,dah ada pulak surat 'cinta' DBKL.aduhhhhhhhhhhhh.yang musykil tu kereta aku ni yang tengah-tengah kena.depan aku,belakang aku,hujung tak pulak.aku yang kancil ni lak yang kena.kereta depan dan belakang aku adalah kereta yang sama masa aku datang tadi lagi.lain-lain tu semua kereta besar!masa ni pulak,camera tak bawak.jika ada memang dah snap gambar kat tempat kejadian.surat cinta aku tu tertulis: masa 12:50:23pm
KESALAHAN: kedudukan atau keadaan kenderana mungkin atau menyebabkan bahaya,halangan atau kesusahan tidak diduga kepada pengguna jalan lain.

tu dah satu hal-aku pergilah mencari tempat nak bayarlah kompaun tu.tanya orang,katanya di Sri Rampai dekat dengan bangunan imegresen.pergilah aku.cuaca panas pulak tu.kesian Hakimi panas dia.aircond pun dah tak rasa sejuk...

dah jumpa tempatnya,parking pulak susah kat sini.area cina,lepas tu pulak banyak kedai makan,memang jem dibuatnya.pusing 2 kali baru dapat parking.bila sampai kerani perempuan tu kata aku kena bayar RM150.kalau nak tawar atau nak buat aduan kena pergi pulak ke ibu pejabat di Pekeliling sana.aduhhhhh sekali lagi...

balik rumah sekejap,nak sembahyang zohor.tengok jam baru pukul 2.30.ingat aku memang lepas ni aku nak ke Pekeliling pulak.elok-elok nak keluar,Kak Cikku pulak datang rumah.dia tengok aku dah muka letih ni,dialah offer nak bawak aku pergi.syukur.tidak memang penat aku bekejar aku nak pergi.pejabat tutup pukul 4.30.

sampai sana,kata mereka aku memang kena bayar RM150 tu tapi aku nak buat aduan sekali kenapa kompaun dibuat tak kepada semua? tu yang aku pelik tu? ada ke kompaun dikenakan main pilih-pilih pulak...aku pergi ke bahagian penguatkuasa undang-undang.kata yang bertugas,kompaun tidak boleh tawar menawar lagi.tapi kalau nak buat aduan aku kena pulak ke bahagian aduan awam.

pergi pulak ke blok B untuk membuat aduan awam.masa aku kat sini jam dah hampir pukul 4.petugas-petugas pun macam dalam keadaan yang dah 'ready' nak punch-card balik je.tapi adalah yang sudi melayan aduan aku ni-iaitu En Kamaruzzaman.aku tengok kat uniform dia ada 3 calit.sarjan agaknya.aku pun cerita lah balik apa yang dah berlaku dan dia pun mencatatkan laporan aku.aku memang dah tak boleh nak tulis.cerita memang boleh.nilah 1st time aku kena macam ni.dia kata,aduan aku ni akan disemak dan surat akan dikeluarkan untuk pengetahuan dan tindakan aku selanjutnya.tengok apa kata surat tu berhubung status aku nanti.

hah,letihnya.satu badan rasa penat.penat dengan hal tu satu hal lah.penat drive lagi.penat nak usung kecik aku ni ke sana ke mari...tu yang semalam terus pengsan...

malamnya bila aku ceritakan dekat pakweku,dia kata;
" awak bayar jelah.siapa kita nak bising-bising.bukti pun tak ada.setakat cakap saja walaupun awak betul tapi tak ada saksi tak guna jugak.nanti tak pasal-pasal lain pulak yang diaorang nak charge awak."

AKU?akan tunggu dulu dalam masa seminggu ni nak tengok perkembangan aduan aku macam mana.rasanya aku kena tukar kancil aku ni kepada kuda atau gajah supaya orang takut kat aku ye? hahaha....

ALAHAI...

2 comments:

  1. aku pernah jadi mcm ni,, first- ko sepatutnya cari orang yg keluarkan waran tu, bukannya pegi kat tempat membayar saman- sbb orang tu boleh matikan saman tu...(aku pernah buat dulu kat Shah Alam..skang entah ler plak...)

    kedua- ko pegi jalan2 patut bawak kamera..handphone kan ada camera...ko tangkap gambar jer.

    KETIGA- buat apa nk buat aduan kat pejabat tu, mmg tak dilayannya..ko terus jer email pada pegawai atasan DBKL tu..padan muka diorang..idak pun masuk dalam blog atau hantar kat KOsmo atau Metro...biar diorang tau sikit tugas diorang tu yang suka pilih bulu...


    alaa...kalo kete kecik ni mmg diorang suka naya.. tak patut kan..macam la kita tak bayar roadtax..ingat orang pakai kancil ni takde duit ke? kengkadang orang pakai kancil ni lebih banyak duit dalam poket....eeee...aku pun GERAM !!!!

    ReplyDelete
  2. tulah mah,time kena tu dh tak blh nak pikir lain dh.dengan aku dukung dak kimi lagi.semalam pulak kan panas...aduh...jem kepala otak aku.

    aduh...bab camera tulah blh terMIS kt gumah.phone? alamak phone aku ni phone budak sek...hihii...camera dia lum smpat psg lagi...huhuhu...

    mmg aku ada plan cam gitu nk antar dlm paper tp bak kata laki aku ...cakap pong pang pong pang.bukti ada? tu yang lomah aku tu...klu ada bukti dia kata,ha buatlah! stkat ckp, ada org nk percaya ke...

    kete tu? tulah...saja nk nayakan.sbb yg bsr tu mungkin ada power lg.silap saman kang diorg blk kena.jd,smanlah yg kecik ni.dia nak suruh aku pakai gajah tu...

    ReplyDelete

Blog Archive

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala