pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Monday, February 14, 2011

FAKTA KHASIAT IKAN KELI

Assalammualaikum semua...

kali ni nak share tips sihat yang aku dapat dari majalah ANIQAH yang aku borong masa pergi karnival Wow hari tu.sebelum ni rasanya macam tak terpandang pulak majalah ANIQAH ni di pasaran...hihii..rupanya bila dah baca,ok jugak kandungannya.

oklah untuk peminat ikan keli,(macam kawan aku cendanakasih.blogspot.com)ni yang harus diketahui.mungkin lepas ni ikan keli akan naik harga sebab masing-masing dah tahu khasiatnya.

1. penyelidikan yang dilakukan di negara ini beberapa tahun dulu mendapati ikan keli atau nama saintifiknya Clarias gariepinus(sedap namanya) mempunyai kandungan Omega-3 pada kadar 0.5g bagi setiap 100g.jauh lebih tinggi daripada ikan salmon,mackerel atau trout.

kadar lemaknya (9-12%)juga adalah lebih tinggi berbanding mana-mana ikan air tawar atau yang masin.

2.penyelidikan oleh Institut Ikan Keli Amerika Syarikat-mendapati ikan keli yang diternak dan diberi makan pelet mempunyai protein yang baik.ianya sangat baik untuk diet kesihatan kerana kaya dengan protein,Omega-3 serta rendah kolesterol dan lemak tepu.

3.kajian daripada Persatuan Perubatan Amerika Syarikat pula mendapati tahap lemak tepu dan Omega-3 ini memberi faedah kesihatan kepada kardiovaskular,gastrousus,sistem peredaran dalam badan.pengambilan 1-2 sajiannya dalam seminggu seumpama mengurangkan separuh risiko kematian akibat serangan jantung.

aku? nampaknya kalau pakwe kat rumah ni dah tak ada,tak masuklah encik keli ni kat rumah...tak ada kawan nak makan sama.

ALAHAI...

9 comments:

  1. goreng ikan keli kan selalu meletup..camne nak elak dari meletup..bagi petua sikit dah ko citer kat sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikan keli meletup pasal keli tu di beri mkn lemak ayam, kulit ayam..carik keli yg mkn pallet..nak kurangkan meletup tu masukkan asam keping..

      Delete
  2. wah bagus info ni chempaka....saya memang suka mkn ikan keli ni..:)

    ReplyDelete
  3. ada entry yang sebut pasal ikan keli kat sini..so KELI OH KELI datang jenguk...hehe...jom ke blog ikan keli..")

    ReplyDelete
  4. na:mmg meletup klu goreng ikan ni.tp yg selalu aku buat - panaskan minyak.lps tu tabur garam sikit baru masukkan ikan.lepas tu tutp.jgn bukak2 selalu.bukak time bila nak balikkan je.lps tu ttup balik.rasanya mcm ni tak le teruk sgt.

    nieza: samalah kita suka mkn ikan ni.

    keli:knelah tu...

    ReplyDelete
  5. oohhh...no no no... Zarina, ikan keli yang beli di pasar tu mmg akan meletup bila digoreng, sebabnya ikan keli kat pasar tu diberi makan perut ayam.. isinya agak lembik

    tp ikan keli organik/yang makan palet ni mmg takkan meletup bila digoreng (insyaalah...) sbb ikan keli organik takde lemak dan air. Isinya juga padat dan kalo digoreng idak ler menyusut sangat...eh..korang faham ker?

    haaa...itu ler..lain kali kalo aku buat makan2, datang awal yer..tolong aku siang dan goreng ikan keli..nanti korang tau ler perbezaannya....

    ReplyDelete
  6. Su,ikan keli mmg i like...ce cite pulak pasal ikan mackerel....ikan mackerel nie mmg favku...hihihi

    ReplyDelete
  7. Kalau nak senang buang kulit rendam ikan keli tu dlm 3jam macam tu.. Pastu tarik kulit tu.. Bagi saya buang kulit lagi sedap.. Lagi pun tekak org tak sama kn.. Hehehe

    ReplyDelete

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala