Assalammualaikum semua...
hari ni nak cerita sikit pasal anak-anak kita.bezanya anak-anak sekarang dengan zaman kita bebudak dulu.budak sekarang suka bawak bekal tak?rasanya kalau ada pun sangat kurang berbanding zaman aku dulu.(foto:oleh GOOGLE)tak payah pergi jauh,Sakinah anak aku ni ha.dari darjah 1 lagi aku memang bekalkan dia ke sekolah.kalau air tu dah memanglah.taun pertama memang penuhlah 5 hari seminggu bawak bekal.maklumlah masa ni umur pun kecik lagi.tak tahu sangat nak beli-beli di kantin tu,apatah lagi nak berebut pada masa rehat.
tahun ke2,masih sama.setia dengan bekalnya.yelah di rumah dah siap ku suap makan,jadinya bila time rehat di sekolah tu makan sekadar lapis perut ajelah kan.selalunya aku bekalkan dia egg sandwich,roti telur,daging burger,nasi goreng,mee@ bihun goreng.ala yang simple-simple tu je.
tahun ke3 sekarang,cewah dah rasa besar sikit.masa nilah dah pandai request tak nak bawak bekal.kata dia; "kawan beli kat kantin.Ina pun nak rasa jugak..." macam mana tu? kasilah chance jugak untuk dia rasa nak beli.sekali dalam seminggu tu kasilah dia beli di kantin.
bila balik,aku tanya dia beli apa? dia katalah ada bihun sup RM1.tapi dekat kantin ada jual burger,nasi ayam,laksa,sosej,nugget,vitagen(ni satu botol RM1.mahal melampau!) nasi lemak(ni standard dari dulu ada...).wow terkejut jugak aku! yelah mana tidaknya...zaman aku dulu mungkin kalian juga kantin sekolah hanya jual nasi lemak,nasi goreng.taklah macam sekarang...up to date!
kalau aku dulu masa sekolah,sebelum tidur dah tanya arwah mak(ingat mak selalu bekalkan aku dulu...huhuhu); "mak,esok bekal mak masak apa?" (walaupun jawapannya dah tahu.biasanya nasi goreng atau pun kuih muih) betapa excitednya nak bawak bekal esok dan tak sabar nak share dengan kawan-kawan lain.walaupun masa tu bekal yang dibawa ala-ala sahaja,tapi masing-masing tak kisah.
emmm...tulah dilemanya zaman sekarang.aku rasa budaya bawak bekal ni dah semakin kurang.jadinya mereka yang bawak bekal ni terasa diri terasing dek kerana kawan-kawan sekeliling tak bawak bekal.rata-rata membeli di kantin.tak macam dulu kawan-kawan bawak bekal.kita pun bawak bekal.tak rasa lain macam.
sekarang,dengan kesibukkan ibu bapa dan kemampuan kewangan ibu bapa mampu memberi anak wang saku yang lebih dan serba tak langsung mengikis budaya bawak bekal ke sekolah.walhal aku rasa bawak bekal dari rumah ke sekolah lebih menjamin kesihatan perut dan minda anak-anak di samping ingatan yang putus kepada mak yang menyediakan bekal tadi.
AKU? ingat pada bekal arwah mak.terima kasih mak...al fatihah untuk mak.
ALAHAI...
pihak penaja
DI SINI KITA BICARA
SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.
FOLLOWERS SAYA
LOVE
LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Wednesday, February 16, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2011
(462)
-
▼
February
(34)
- KISAH HAKIMI, HARI INI DIA KENA TINGGAL...
- TIBA-TIBA DIA BUAT HAL PULAK...
- HARI ITU SEMAKIN HAMPIR...
- GULAI IKAN PARANG BERSAMA BELIMBING BULUH
- PERKESO-FAEDAH PENGURUSAN JENAZAH
- SELEPAS HOSNI, APA NASIB MUAMMAR GADDAFI?
- SEKALI LAGI DIDUGANYA
- TIADA BUKTI TUALA WANITA PUNCA KANSER
- BUDAK SEKOLAH EXAM...mama jadi tak tentu
- KENALI DAN AMBIL TAHU KOD MAKANAN
- BERINGAT SEBELUM KENA
- DI KAMPUNG EDISI JAMU TEKAK DAN PERUT
- APA ITU SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI ?
- ANTARA RELEVAN KAIN BATIK DAN SELUAR?
- ANTARA BEKAL VS BELI DI KANTIN
- SALAM MAULIDUR RASUL
- FAKTA KHASIAT IKAN KELI
- TEMAN DIA BERSHOPPING
- KARNIVAL WOW PUTRAJAYA-jalan minggu terakhir
- HOSNI MUBARAK,AKHIRNYA MENYERAH JUGA
- PERIKSA KESIHATAN DIRI
- IKAN BAKAR BAGAN LALANG SEAVIEW penuhi citarasa
- KITA BERSYUKUR TAK HARI INI?
- HOTEL SERI MALAYSIA SEPANG-terakhir bercuti untuk ...
- HATI INI TIBA-TIBA JADI SAYU
- MASAKAN PADANG GARUDA menyerang KG BARU
- AKIBAT BERGANTUNG,MAHALNYA BAWANG...
- BERMULA SESI LANJUTAN DI SWATARI
- BIRTHDAY MAK-ANAK,kongsi hari
- BARU BALIK...TUGAS MENANTI
- ANOLOGI SEBATANG POKOK...siapakah kita?
- KETAHUI HAK KITA DENGAN POLIS
- KAMPUNGKU BANJIR?
- HARI NI ORANG KL CUTI
-
▼
February
(34)
CINTA
LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Erm...anak aku pun dh tak bawak bekal..beli jer kat kantin. Betul kata ko, harga makanan di kantin sekarang pun dh mahal, pastu siap jual nasi berlauk, nasi ayam, dll...zaman kita dulu setakat nasi lemak, nasi goreng, laksa, mee kari jer..
ReplyDeleteWeiii...aku diet sbb nk pakai seluar/baju lama2 tu, tp rancangan makan tetap ada. Aku kan suka masak. Kalo korang datang, aku masak dan korang makan, aku tengok jer la....hahaha...dh biasa laa..tak heran dah, walaupun godaan dari secret recipe :)
tulah, skrg ni kene pandai nak sogok dia bwk bekal.aku kasi 1 hari beli kt kantin,4 hari bwk bekal.dia pilihlah mana hari dia suka.
ReplyDeletehaha...tak tergoda ke? boleh pandang je? hihii...selamat berdietlah ..kang klu dh slim kang,dpt lah si rayyan tu adik ...