pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Thursday, February 17, 2011

ANTARA RELEVAN KAIN BATIK DAN SELUAR?

Assalammualaikum semua...

sebut kain batik,rasanya hampir semua yang kenalkan.bila kali terakhir guna kain batik?kalau jawapan aku...emm...bila?memanglah lama sesangat dulu.sampai tak boleh nak recal balik..adoh.(foto oleh GOOGLE)selalunya perempuan ni dikaitkan dengan kain batik bila masa berpantang kan...kat rumah ni memang aku ada simpan sendiri stok kain batik.masa first time beli dulu ialah masa nak bersalinkan Sakinah.siap upah orang tolong jahitkan.kononnya dalam pantang nanti pakai kain batiklah.yelah sebab ramai yang kata dalam pantang pakai kain batik.kita ni budak baru belajar,ikut ajelah.

tapi,bila sampai masa berpantang,masa tu pulak duduk di rumah mertua.ada pulak ipar yang semuanya lelaki,rasanya macam 'selebeh' pulak nak berkain batik ni.pakwe aku tengok pun tak berpa berkenan.kata dia,aku ni tak ada rupa pakai kain batik! hihii..last-last dia belikan aku seluar track-sut.jadinya dalam pantang tu,memang aku berseluar ajelah.belum pernah dibuat orang kat kampung mertua aku,perempuan dalam pantang berseluar.(foto oleh GOOGLE)bila aku berpantang untuk Hakimi ni pun,aku meneruskan tradisi berseluar aku.memang tak pakai kain batik ni.ooo ye baru aku ingat last aku pakai kain batik ni masa aku keluar dari bilik bersalin, lepas tu pakai dalam wad dan esoknya balik ke rumah.bila dah kat rumah,pakai seluar balik.

tapi bagi aku pulak rasanya lebih selesa berseluar macam ni.ada beberapa sebab yang aku rasa orang tak perasan:

1.senang sikit nak bergerak walaupun taklah berjalan laju macam biasa.
2.nampak kemas berbanding kalau ikat kain selebeh-lebeh tu tapi
kepada yang memang teror ikat kain tu mungkin tak ada masalah.
(yelah walau pun berpantang,tetap nak nampak kemas dan sedap
mata orang memandang)
3.senang pulak nak berbengkung.lagi kemas dan 'tegap'
4.terjaga sikit aurat.kalau seluar ni,kita duduk bersila ke,berlunjur ke
apa,tetap tutup kaki berbanding berkain tu,terpaksa lebih berhati-hati sikit.
(dalam keadaan yang aurat kena dijagalah)

apa-apa pun,terpulang kepada keselesaan masing-masing.ini cuma pada diri aku aje.mungkin kalian ada pandangan masing-masing.

ALAHAI...

4 comments:

  1. hahaha,..sporting nyaa pak we akak,..hehehe

    ReplyDelete
  2. Bapak aku heran..anak lelakinya pakai kain, anak perempuan pakai seluar...kain batik pun ada 2 je ni..itu pun orang bagi hehe

    ReplyDelete
  3. dato: haha, dia tak suka selebeh2.dia suka nmpk kemas...

    na:tulah aku kata,kain batik ni wajib ada utk simpan org dtg kt rmh..

    ReplyDelete
  4. bguih nyaa ada pak we lagu tuh,..nt nk cari mak we yg lagu tuh gak laa,..mcm akak pon ok gak..haha

    ReplyDelete

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala