pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Wednesday, February 9, 2011

HATI INI TIBA-TIBA JADI SAYU

Assalammualaikum semua...

tatkala entri ini aku taipkan,aku baru mendapat perkhabaran dari pakweku bahawa visa kerjanya dan appoint letternya untuk posting ke oversea dah pun dapat.jika tiada aral hujung minggu depan,berlepaslah dia meninggalkan aku dan anak-anak.

aduh...sayu hati ini...berpisah seketika demi tuntutan kerja ini membuatkan aku bingung seketika,rasa terbang separuh dari hati ini.walaupun aku dah tahu ura-ura dia nak pergi tu dah lama dulu,tapi aku tak rasa apa pun.bila dah dekat ni bukan rasa satu macam tapi bermacam-macam.

kalau biasanya yang selalu-selalu,dia pergi dalam seminggu dua aje tapi kini tak macam tu.dia hanya dapat balik untuk 3 kali setahun dan selebihnya tertakluk kepada perubahan.itulah bezanya kini antara aku,anak-anak dan dia di sana nanti.

aku? siapa tak sedihkan.kalau sebelum ni dah biasa ada pasangan di sebelah,tempat untuk bercerita pasal anak-anak,pasal masa depan,pasal hal-hal yang berlaku seharian,tempat untuk meluahkan rasa,tempat untuk kadang-kadang melepaskan geram pun ya jugak...dah berjauhan...sedihnya,rasa kosong pulak.TAPI AKU KENA KUAT...TIDAK NANTI SAKINAH DAN HAKIMI AKAN RASA LAGI KOSONG...

Sakinah? dia dah boleh faham.tapi Hakimi,nilah yang masalahnya.dia ni kalau dah ada baba dia,memang tak layan dah dengan orang lain.baba dia boleh bawak dia naik brom-brom(motor) tiap petang,baba dia boleh layan dia main kat padang,baba dia boleh dukung dia selalu(kalau aku dukung tak best...tulang je)macam-macam dengan baba dia...nilah yang buatkan aku sedih tu...dia tak faham apa lagikan.dia tahu baba dia keluar pagi,petang mesti balik.aduh...

orang kata; kalau nak elakkan rindu pada seseorang,tinggalkan kain@baju orang tu yang dah pakai(yang belum basuh) utnuk dibuat cium baunya atau dibuat selimut.nampaknya aku kenalah buat ni untuk anak-anak.aku? dah besar panjang dah...

ALAHAI...

2 comments:

  1. Cian kat ko..sabo yer..dia pegi kerja utk cari duit buat kesenangan ko anak beranak gak.. Sedih aku baca kisah ko ni, especially pasal Hakimi, tapi tak boleh ker ko ikut pegi sana macam pegi Turkishtan dulu.. Lama tu.. kalo aku tak sanggup.

    Yer, sblm dia pegi, ko ambik ler kain/baju dia yg belum dibasuh, nanti anak2 boleh cium.
    (jangan kata ko, kalo laki aku kerja malam pun, aku ambik baju dia bawak tido. Dan...satu malam itulah juga aku tak tido, asyik cium baju laki aku tu jer....haaaa...aku lagi teruk..)

    Apapun, bawak bersabar yer..mungkin ada hikmah disebalik semua ini. Jangan rasa sedih, kami kawan-kawan tetap di sisi ko!!

    ReplyDelete
  2. tu lah Mah.aku ni konon2 lah kuat tp lelah gak...adoh..tp aku mmg tak boleh tahan dgn Hakimi ni.dia skrg sibuk nk ckp kan.dia dh kenal org.apa2 sikit brg dlm rmh ni-dia sebut baba,baba.klr rmh,nmpk selipar laki aku,dia dh kata baba.baba.nmpk motor-baba,baba.nmpk apa jelah yg baba dia punye-dia akan cakp baba,baba.kononnya tu semua barg baba! sampaikan ubat baba dia pun dia knl! tu yg aku lemah tu...

    kali ni pg aku tk boleh ikutlah.sbb tk tahu brp lama dia kt dubai tu.sbb lokasi sebenonya dia kt Iraq nun...kang buat aku pgi sna,tak lama lps tu dh kena g Iraq-kt sini mmg famili tk dibnrkan bwk.mcm mana lak sek sakinah kan...tu yg aku kt sini. berkorbanlah aku...hihii...

    ReplyDelete

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala