pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Tuesday, February 8, 2011

MASAKAN PADANG GARUDA menyerang KG BARU

Assalammualaikum semua...

kali ni edisi JJCM, aku ingin berkongsi dengan kalian di luar sana mengenai satu restoran masakan Padang yang tak memerlukan untuk kita sampai ke Indonesia,tapi ada di sekitar kita aje.restoran ni aku cuba sewaktu cuti hari tu bersama macam biasa 2 orang kakakku-Kak Lang dan Kak Cik.(kali ni kak Lang yang jadi taukeh!)

RESTORAN GRAND SERI GARUDA EMAS-satu restoran yang menghidangkan menu masakan Padang,Indonesia.untuk aku yang belum pernah sampai lagi di Padang sana,(padang mainan adalah hari-hari...)rasanya menu di sini sedap,memuaskan,kira boleh masuklah dengan tekak kita di sini.

apa yang menariknya di sini,kita duduk je kat meja,dah datang pelayan mereka dengan membawa gelas air suam dan mangkuk air untuk mencuci tangan.(satu untuk diminum,satu lagi untuk dibuat cuci tangan...jangan confius!)untuk memilih menu pulak,kita sendiri boleh pilih kesukaan kita sendiri di kaunter yang disediakan(deretan lauk yang disediakan,boleh pilih mana berkenan.)oklah untuk pesanan tengahari tu,aku memesan:4 nasi putih = RM 8.00
3 ketul ayam kampung = RM 21.00
(2 ayam goreng penyek,1 goreng berlado)
1 mangkuk urat = RM 8.00
1 mangkuk sayur pucuk ubi = RM 3.00
1 mangkuk rendang itam = RM 6.50
1 piring sambal lado = RM 2.00
1 gelas air buah durian belanda= RM 5.00
*3 gelas air suam- f.o.c
======================================================
total: RM 53.50
======================================================
pelbagai menu ada yang semuanya berasaskan dari Padang.pastinya memang orang Padang sendiri yang menyediakan hidangan ini.(jemput makan ye...)(selepas...hihii..)kepada kalian yang rasa nak cuba,boleh datang ke sini.parking? jangan risau.luas tempat nak parking.selamat mencuba...cewah aku tolong promotkan aje.
info:
Restoran Grand Seri Garuda Emas
Lot 117D Jalan Raja Abdullah ,Kg Baru,KL
03-26914077
ALAHAI...

1 comment:

  1. Dear blogger and all member, and customer , thanks for coming to grand seri garuda emas, terimakaseh karna dtg ke restaurant kami, kami alu alukan kedatangan and comment 2 baik positve or negative, kami terima ngan terbuka dan kami akan updated semua yang baek, terimakaseh, bila ade sesiapa nak berkongsi pengalaman kat restaurant garuda, bleh hub sy MD TAN OSMAN 6019622222 or email tan3739@gmail.com
    thanks...sy alu alu kan pemilik bogger tu dtg ke restaurant kami, terimakaseh

    ReplyDelete

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala