Assalammualaikum semua...
percutian di hotel Seri Malaysia Bagan Lalang tempohari masa cuti raya cina adalah merupakan percutian yang terakhir kami sefamili bersama pakweku.yelah apa taknya lepas ni lambat lagilah edisi cuti-cuti Malaysianya.terpaksa tunggu dia balik sini atau pun aku pulak ke sana.
seperti biasa,percutian lepas,aku disertai oleh 2 orang kakakku.kami menyewa 2 bilik bersebelahan dengan harga RM180 sebilik termasuk sarapan pagi untuk 3 orang.(dalam biliknya)kemudahan yang ada,paling penting swimming poollah kan apa lagi...ni memang syarat wajib kalau nak cari mana-mana hotel.bukan sahaja budak-budak nak main air,orang besar nak main sama jugak!pendek kata sama-sama gian nak berendam dalam air!(ni budak dah penat berendam...balik bilik,zzzzzzzz)memang cuti raya cina yang panjang ni memberi kesempatan untuk rata-rata membawa famili berjalan.di sini je,hotel penuh tapi aku dah booking sebulan awal lagi.jadi bab bilik tu dah tak ada masalah.
selain mandi di swimming pool,aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini juga ialah,berbasikal.(le tour di Bagan Lalang nak mula...)sewa basikal dengan harga RM5 untuk 1 jam.kita boleh bawak basikal ni untuk bersiar-siar sampai di tepi pantai.untuk kami,aku menyewa 2 basikal.satu basikal kanak-kanak untuk Sakinahdan satu lagi yang dewasa.ni lah yang kelakarnya,masing-masing dulu memang juara kampung bawak basikal tapi bila dah tua-tua macam ni...haha...payah pulak nak balancekan badan...kata kak cikku;
"senang lagi bawak keretalah..." hahaha....
selepas berbasikal,kita boleh main badminton.(ni macam nak jadi Chong Wei)ada gelanggang yang disediakan di sini.kita cuma perlu bawak raket sahaja.kepada yang pandai main ping-pong,pun boleh main di sini.ada peralatan yang disediakan.pendek kata,banyak aktiviti boleh dibuat.untuk sarapan? cukup sekadar memenuhi perut.berunsurkan sarapan orang Melayu,adalah nasi lemak,bihun goreng,lempeng dengan kuah kari ayam,bubur nasi.bab sarapan ni ,aku request dengan pihak hotel menu untuk kanak-kanak.apa yang aku tengok di sini tak ada langsung menu untuk kanak-kanak macam sosej,cereal.apa yang ada pun roti.ni je yang sikit kureng!
untuk makan malam,tak susah.untuk aku sefamili,kami memilih makan di restoran ikan bakar yang ada di sepanjang tepi pantai Bagan Lalang.untuk tempat makan ni,aku akan share dalam JJCM.
untuk kalian,memang tak rugi ke sini.harga berbaloi,budak-budak sure happy.layan jelah gambar-gambar kami di sini.
INFO:
Hotel Seri Malaysia
Lot 979&980 Pantai Bagan Lalang
43950 Sg Pelek,Sepang
Selangor
tel:03-31412918
ALAHAI...
pihak penaja
DI SINI KITA BICARA
SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.
FOLLOWERS SAYA
LOVE
LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2011
(462)
-
▼
February
(34)
- KISAH HAKIMI, HARI INI DIA KENA TINGGAL...
- TIBA-TIBA DIA BUAT HAL PULAK...
- HARI ITU SEMAKIN HAMPIR...
- GULAI IKAN PARANG BERSAMA BELIMBING BULUH
- PERKESO-FAEDAH PENGURUSAN JENAZAH
- SELEPAS HOSNI, APA NASIB MUAMMAR GADDAFI?
- SEKALI LAGI DIDUGANYA
- TIADA BUKTI TUALA WANITA PUNCA KANSER
- BUDAK SEKOLAH EXAM...mama jadi tak tentu
- KENALI DAN AMBIL TAHU KOD MAKANAN
- BERINGAT SEBELUM KENA
- DI KAMPUNG EDISI JAMU TEKAK DAN PERUT
- APA ITU SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI ?
- ANTARA RELEVAN KAIN BATIK DAN SELUAR?
- ANTARA BEKAL VS BELI DI KANTIN
- SALAM MAULIDUR RASUL
- FAKTA KHASIAT IKAN KELI
- TEMAN DIA BERSHOPPING
- KARNIVAL WOW PUTRAJAYA-jalan minggu terakhir
- HOSNI MUBARAK,AKHIRNYA MENYERAH JUGA
- PERIKSA KESIHATAN DIRI
- IKAN BAKAR BAGAN LALANG SEAVIEW penuhi citarasa
- KITA BERSYUKUR TAK HARI INI?
- HOTEL SERI MALAYSIA SEPANG-terakhir bercuti untuk ...
- HATI INI TIBA-TIBA JADI SAYU
- MASAKAN PADANG GARUDA menyerang KG BARU
- AKIBAT BERGANTUNG,MAHALNYA BAWANG...
- BERMULA SESI LANJUTAN DI SWATARI
- BIRTHDAY MAK-ANAK,kongsi hari
- BARU BALIK...TUGAS MENANTI
- ANOLOGI SEBATANG POKOK...siapakah kita?
- KETAHUI HAK KITA DENGAN POLIS
- KAMPUNGKU BANJIR?
- HARI NI ORANG KL CUTI
-
▼
February
(34)
CINTA
LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
No comments:
Post a Comment