Assalammualaikum semua...
kepada rakan sejawat yang tugasnya macam aku ni,sekolah dah buka kembali...hihiii..maknanya selamat masuk kerja la ye.bermulalah rutin sebagai driver hari ni balik...
oklah nak cerita ceriti pasal cuti yang lepas.sambutan birthday untuk mertuaku dan sekaligus birthday pakweku jugak.maknanya mereka ni kongsi satu tarikh yang sama-4/2!kira anak maklah tu ye! kuang,kuang...makan besar(cewah bukan orang cina je ada makan besar!)malam tu diadakan di Restoran Tomyam Klasik,Sg Putat Melaka.malam tu pulak,hujan lebat.tapi nak buat macam mana,pergi jugak sebab rasanya tempat ni je yang sesuai.kalau nak ke medan ikan bakar lagi lah azab dengan keadaan hujan tambahan pulak ada baby ni.sure budak-budak di luar kawalan nak main hujan.
malam tu semua famili member pakweku ada.diaorang ni semuanya 5 pendekar!jadi bila berkumpul macam ni,memang gamat suasana dibuatnya tambahan pulak dengan budak-budak yang sedang melasak,memang gamat.
biasanya bila birthday ni,kek mesti adalah kan.baru rasa macam sambutan tu special sikit.kalau tak ada kek,tak macam sambutan birthday pulak.betul tak? apa tak nya,bila aku keluarkan je kek,budak-budak dah tanya;
"mama su,ni kek birthday siapa?"
"ni kek untuk birthday nenek dan baba Hapez"(budak-budak dah tak sabar nak tengok kek...)jadinya bagi budak-budak,memang kek ni dah terlalu signifikan dengan birthday.ada kek,adalah birthday untuk seseorang.pandai je kan budak-budak ni...
diner malam tu;kami memesan ikan siakap kukus,sup tulang(sayangnya tulang dia memang tulang betul...keras Ya Rabbi...),kailan ikan masin,kerabu perut,daging masak merah,sayur campur dan ada pulak kerabu ikan bilis yang tak pesan tapi dapat dan terus melantak makan.(ni kena bayar jugak!)(main suap-suap pulak nenek dengan atuk...)selain makan tu,kami juga dihiburkan dengan nyanyian oleh brother MC ni yang suara dia pun kira boleh layan lah...sedap jugak lah bila makan ada orang nyanyi untuk kita.makan pulak tu rasa laju je...(bila dengar muzik je,Sakinah dah tak boleh tahan...)(bila dah kenyang)oklah, layanlah gambar-gambar famili kami di sini.(to my hubby-happy birthday,love you so much)untuk info restoran aku nyatakan di sini; tak sempat nak buat review lebih-lebih tempat ni sebab aku jadi orang pentinglah malam tu....hihiii.
Restoran Tomyam Klasik
LOT 48, Jln Sg Putat,75450 Melaka.
06-2326745
pihak penaja
DI SINI KITA BICARA
SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.
FOLLOWERS SAYA
LOVE
LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2011
(462)
-
▼
February
(34)
- KISAH HAKIMI, HARI INI DIA KENA TINGGAL...
- TIBA-TIBA DIA BUAT HAL PULAK...
- HARI ITU SEMAKIN HAMPIR...
- GULAI IKAN PARANG BERSAMA BELIMBING BULUH
- PERKESO-FAEDAH PENGURUSAN JENAZAH
- SELEPAS HOSNI, APA NASIB MUAMMAR GADDAFI?
- SEKALI LAGI DIDUGANYA
- TIADA BUKTI TUALA WANITA PUNCA KANSER
- BUDAK SEKOLAH EXAM...mama jadi tak tentu
- KENALI DAN AMBIL TAHU KOD MAKANAN
- BERINGAT SEBELUM KENA
- DI KAMPUNG EDISI JAMU TEKAK DAN PERUT
- APA ITU SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI ?
- ANTARA RELEVAN KAIN BATIK DAN SELUAR?
- ANTARA BEKAL VS BELI DI KANTIN
- SALAM MAULIDUR RASUL
- FAKTA KHASIAT IKAN KELI
- TEMAN DIA BERSHOPPING
- KARNIVAL WOW PUTRAJAYA-jalan minggu terakhir
- HOSNI MUBARAK,AKHIRNYA MENYERAH JUGA
- PERIKSA KESIHATAN DIRI
- IKAN BAKAR BAGAN LALANG SEAVIEW penuhi citarasa
- KITA BERSYUKUR TAK HARI INI?
- HOTEL SERI MALAYSIA SEPANG-terakhir bercuti untuk ...
- HATI INI TIBA-TIBA JADI SAYU
- MASAKAN PADANG GARUDA menyerang KG BARU
- AKIBAT BERGANTUNG,MAHALNYA BAWANG...
- BERMULA SESI LANJUTAN DI SWATARI
- BIRTHDAY MAK-ANAK,kongsi hari
- BARU BALIK...TUGAS MENANTI
- ANOLOGI SEBATANG POKOK...siapakah kita?
- KETAHUI HAK KITA DENGAN POLIS
- KAMPUNGKU BANJIR?
- HARI NI ORANG KL CUTI
-
▼
February
(34)
CINTA
LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
No comments:
Post a Comment