pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Sunday, February 13, 2011

KARNIVAL WOW PUTRAJAYA-jalan minggu terakhir

Assalammualaikum semua...

ke mana hujung minggu ni? mana-mana yang dekat area dengan Putrajaya,datanglah ke sini ke Karnival Wow.semalam aku dah pergi.yelah minggu ni je dapat bersama dengan pakwe ni...minggu depan dah tak ada....huhu...karnival ini diadakan sejak Jumaat lepas dan akan berakhir pada hari ini.diadakan bersempena dengan ulangtahun 10tahun Perbadanan Putrajaya.cewah...aku kasi review macam aku orang Putrajaya...hihiii.

apa yang menarik? karnival ni macam ala-ala sure heboh jugalah.ada banyak gerai pameran yang ada,gerai makanan di samping demo pertunjukkan daripada jabatan awam mahupun perseorangan.

antaranya demo latihan penyelamat bomba,polis,ATM dan banyak lagi.entah kenapa semalam pakwe aku ni nak pulak ke sini.selalunya dia tak suka pergi tempat-tempat macam ni...(demo aikido)(cutter daripada pasukan penyelamat bomba.digunakan untuk potong kenderaan bila berlaku kemalangan)selain pameran untuk orang dewasa,ada juga acara untuk kanak-kanak seperti menyusun puzzle,video game,mewarna,praktikal menanam anak pokok dan juga permainan di tapak permainan yang disediakan.(berjaya menyelesaikannya...) (badut melayan permintaan anak-anak)antara pameran yang diadakan-(hanya bergambar sajalah yang mampu...)untuk makan dan minum pulak,tak perlu risau.(gerai minuman daripada KL FM)bukan setakat deretan gerai yang menjual makanan,ada juga makanan fast food di sini.macam KFC,pizza.untuk aku sefamili,kami memilih pizza sahaja.cepat dan tak payah nak tunggu lama.dah beli,boleh makan kat bawah pokok.

apa yang boleh dibeli? macam-macam.kepada peminat pokok bunga,boleh beli di sini.nak beli majalah muarah? pun ada.nak beli tudung dan baju tu...standardlah ada kat sini.kalau nak booking bilik hotel ke pun boleh dibuat di sini.banyak booth yang mengendalikan pakej percutian ada membuat pameran di sini.

aku? borong majalah.majalah dah backdated tahun lepas punya.kira oklah tu kan...yang penting budak dua orang ni happy.apatah lagi Sakinah berjaya menjawab soalan kuiz(jawapan aku yang kasi...hihii),dapatlah hamper....al hamdulillah.kira bertuah juga semalam.hari ni?nak shopping untuk pakwe ni pulak.

ALAHAI...

5 comments:

  1. Saya baru balik dr karnival nie.. Besh! Besh! Besh! geram tgk arnab seekor cuma RM 40 ajer. Nak beli tp risau tak terjaga plak. Nmpk ada Promosi Handphone.. Giler besh mcm nak beli jer.. dan mcm2 lg la... Besh! Besh!

    ReplyDelete
  2. laa...apsal aku tak tau ek?? ish,,ish,,nape la tak bgtau..boleh ler pegi sama2...lepas tu berkelah kat wet land..

    ReplyDelete
  3. kirim salam kat laki ko..selamat bekerja tempat baru

    ReplyDelete
  4. wah bestnyer pi karnival ni..mcm2 boleh tgk kan..:)

    ReplyDelete
  5. Ana: mmg mcm2 ada.arnab tu mmg cute.klu duduk rmh bertanah harus kena beli tu sbb Sakinah dh pegang dah.

    Mah: la,aku tak tahu pulak ko tk tahu...ingatnya Najib dah btau ko awal...hihii...lain kali ar...bila pulakkan??

    Zarina: ok.

    Nieza: ni 1st time pg.selalunya tk berkesempatan pn.

    ReplyDelete

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala