
Assalammualaikum semua...salam Jumaat,moga kebaikan juga yang diharapkan.
walaupun kita dipisahkan dengan jarak beribu batu,kiraan masa yang jauh berbeza namun antara kita dan dia memang ada sejarah yang terbina.kita tetap nak ambil tahu mengenai keluarga diraja ini.
perkahwinan pewaris tahta Britain Putera William & Kate Middleton hari ini bakal mencipta satu lagi sejarah dalam peradaban dunia khasnya dalam sejarah perkahwinan diraja.apa taknya,sebutlah atau beritahulah mana satu perkahwinan diraja di dunia ini yang sangat diingati oleh rakyat seluruh pelusuk dunia kalau tak perkahwinan gilang gemilang Putera Charles dan Puteri Diana pada 29 Julai 1981.

kalau dulu,ketika tu aku masih dalam dunia keanak-anakkanku..aku masih ingat lagi perkahwinan Charles dan Diana seumpama dalam cerita dogeng Cinderella cantiknya.kereta kudanya,gaun pengantinnya,fesyen rambutnya,senyumannya semuanya cantik belaka! sampaikan bila nak potong rambut-cakap dengan amoi cina tu nak 'gunting fesyen Lady D.' haha...penangan fesyen rambut Lady Diana.

tak payahlah kita sampai nak boking tiket nak pergi jauh nun di London tu-tapi kalau ada yang nak pergi apa salahnyakan...apa ayang aku tahu,di NTV7 akan dibuat siaran langsungnya jam 3 petang.bolehlah tengok dalam TV jelah...hihihi.
AKU?pastinya meriah,dengar kata sebanyak USD 20 juta atau tukar duit Malaysia menjadi hampir RM 60 juta ringgit dibelanjakan utnuk majlis gilang gemilang itu....fuh!hanya mampu menonton dari jauh.itulah namanya tuah disebabkan "GELARAN"