pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Thursday, September 23, 2010

BERUMAH BESAR,BERUMAH KECIL

tadi tengahari aku menghantar Sakinah ke birthday party dan rumah terbuka kawan dia.kawan dia ni anak seorang senator yang bergelar "dato". apa yang aku nak cerita kat sini bukanlah pasal makanan ke,pasal majlis ke TAPI pasal RUMAH.

kalau dah namanya rumah "dato" faham-faham ajelah rumahnya macam manakan...nak masuk pun dah rasa segan belum lagi nak duduk di sofa empuknya apatah lagi menjamah makanannya.
aku hanya menghantar Sakinah je sebabnya ni majlis untuk budak-budak.tak ada pun mak ayah yang ada sekali,jadinya aku pun tak lah turut sekali.hanya tinggalkan Sakinah nak akan mengambilnya apabila majlis dah selesai nanti.

perasaan aku? emmm...takjub dengan rumah besar ni...Ya Allah besar bukan main kan.kalau aku dan Hakimi je yang tinggal pada waktu siang, alamat memang sunyi sangatlah rumah, takut dan bimbang pun boleh ada sekali.bila rumah dah besar ni,pastinya memerlukan pembantu rumah.bukan 1 tapi 2! aku pesan banyak kali kat Sakinah; "elok-elok,jangan usik barang orang dalam rumah ni,jangan pergi sebarangan tempat- bukan apa takut-takut lah barang orang nikan...takut terpecah ke,terjatuh ke ...tu semua yang aku risaukan!

kembali kepada hidup yang nyata-aku bersyukur dengan apa yang ada hari ini.rumah yang cukup untuk kami 4 beranak dan 2 ekor kucingku.senang diuruskan dan senang untuk dijaga.al hamdulillah...tak salah bermimpi untk memiliki seperti orang lain ada tetapi kita kena berpijak pada bumi yang nyata.


ALAHAI...

2 comments:

  1. Aku plak, tengah kumpul duit nk buat rumah lain, rumah atas tanah kebun kami sendiri..rumah bawah, kecik dan cukup untuk kami anak beranak..tak mo besar2, takmo tangga...letih oo rumah ada tangga ni, mana nk kemas atas, kemas bawah..bab pembantu rumah mmg aku dh kata NO dari awal2 lagi.... bukan takut maid tacke laki tapi takut aku mendera dia..kahkahkah..kang ada plak yang naik mahkamah, masuk paper.. hahaha...

    ReplyDelete
  2. wah ko Mah...dasat ko ni.tabik spring kat ko.aku lak, tanah kg aku tu mmg le beso tp lum lah ada plan apa2 lagi sbb laki aku cari rezeki kt sini.mungkin pencen2 esok kut!

    hahaha...aku pun tk sanggup nk bc paper ada nama kwn aku...hihiii...

    ReplyDelete

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala