pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Monday, August 2, 2010

IKAN TODAK LOMAK CILI PADI bersama SAWI JERUK




bertemu kembali dalam entri lauk pauk kita ye...hari masuk ke dapur semula.hihihi...malam tadi pakweku sampai rumah pukul 12.15 pagi. dia nia pulak kalau balik memancing tu kena kemas semua baru nak tidur. jadinya aku pun tolonglah menyiang ikan-ikan yang dibawa ni.ops tenggiri yang dicitakan gagal tapi masih dapat ikan walaupun spesis yang lain.syukur padaMU ya Allah. sampai pukul 2 pagi baru selesai kerja-kerja menyiang dan mengemas ikan untuk disimpan.nilah sedikit gambar hasil tangkapan pakwe untuk 2 hari lepas.
menu hari ini sudah tentulah ikan-IKAN TODAK MASAK LOMAK CILI PADI BERSAMA SAWI JERUK! tak pernah umur jugak aku masak ikan todak ni, tahu todak menyerang Singapura dalam cerita Melayu tu tahulah hihihi....

BAHAN-BAHAN

ikan todak yang siap dbersih dan dipotong cili padi ikut suka
kunyit hidup
cili merah 1@ 2 batang
* bahan ini dikisar bersama
sawi jeruk
asam keping * kalau kuah dah masam dengan sawi jeruk,tak perlu bubuhkan
santan kelapa
air secukupnya
garam sesedap rasa

1. masukkan bahan kisar tadi ke dalam periuk bersama ikan dan sedikit air.

2. masakkan seketika(biar ikan sebati dengan cili)

2.masukkan santan dan air secukupnya

3.biarkan lauk mendidih baru dimasukkan sawi jeruk.

4.rasa kuah -jika dah masam,tak perlu bubuh asam keping.
jika tidak, masukkan asam keping.

5.masukkan garam secukup rasa dan biar seketika sehingga kuah sedikit
berminyak,boleh tutup api.dah pun siap.tapi biar sejuk seketika, baru
makan.

* pagi tadi lagi aku masak,sekarang ni baru makan-baru terasa ikan sebati
dengan kuah,rasa masam sawi jeruk tadi. isi ikan todak ni rasanya kenyal,
tak mudah hancur dan lembik.

sedikit info:
Todak (Xiphias gladius) atau adalah sejenis ikan laut yang rahang atas dan moncongnya memanjang berbentuk seperti pedang pipih dan kuat berukuran hampir sepertiga panjang badan ikan tersebut. Tubuh ikan todak panjang mmbulat dapat mencapai 2 - 4,6 m dan dapat berbobot hingga 650 kg, kulitnya licin tidak bersisik, bagian atas tubuhnya berwarna keunguan atau kebiruan dan bagian bawah tubuhnya keperakan. Banyak terdapat di perairan tropis dan perairan iklim sedang.Ikan todak satu-satunya anggota famili Xiphiidae.


ALAHAI...

2 comments:

  1. tQ untuk resepi todak cili padi sawi jerok..esok nak suruh wife masak. minggu lepas gi manceng kat sedili dapat todak 13 eko...peee nak buat apa pun tak tau ramai kawan2 yang tak nak amik sebab todak ni tak berapa sedap. tenggiri dapat 4 ekor je...ikan lain2 banyak juga...alhamdulillah..rezeki allah..

    ReplyDelete
  2. thanks....hehehe...baru 1st time nak masak ikan todak.....tapi rasanya tuk hari nie nak try buat goreng berlada dulu......

    salam perkenalan....
    silalah jenguk rumah liza yer....

    ReplyDelete

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala