pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Tuesday, August 3, 2010

SUP TULANG JINGGA WHI


hari ni nak share satu resepi sup yang aku dapat melalui rancangan Wanita Hari Ini minggu lepas.dalam siaran tu,chefnya menggunakan ekor lembu sebagai bahan utama sup,tapi kat tempat aku ni payah nak dapat ekor-kena order dulu atau pun kena awal ke pasar.jadinya aku tukarkan dengan tulang.hasilnya tetap sama.berbeza hanya bahan asal dari ekor bertukar ke tulang. ok jugak! ni bahan-bahannya.

BAHAN-BAHAN

tulang
4 sekawan-kayu manis,bunga lawang,buah pelaga,bunga cengkih
rempah sup
rempah kari daging
* keduanya dibancuh dengan sedikit air untuk dijadikan pes
bawang putih,bawang merah dan halia-dikisar
carrot
tomato
* keduanya dikisar
bawang besar-yang warna kuning
batang saderi-dihiris panjang
air secukupnya
minyak masak untuk menumis
garam secukup rasa

1. tulang direbus kosong begitu sahaja sehingga dagingnya empuk.
selepas itu dikeluarkan.jika airnya tak berminyak sangat,kita boleh
gunakan untuk dijadikan kuahnya.jika tidak, kita guna air yang baru.

2. panaskan minyak.tumiskan 4 sekawan dan bahan kisar sehingga naik bau.

3. setelah itu,masukkan pes rempah sup dan rempah kari tadi dan kacau
seketika.

4. kemudian,masukkan bancuhan kisar carrot dan tomato ke dalam no(3) dan
tambah air untuk dijadikan kuah sup kita.

5. masukkan tulang yang siap direbus tadi,batang saderi,bawang besar dan
garam secukup rasa.

6. biarkan seketika hingga kuah mendidih dan menjadi jingga warnanya.
siap untuk dihidang.selain dimakan dengan nasi panas-panas,boleh juga
dimakan bersama roti.



ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala