pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Wednesday, February 15, 2012

SUAMI YANG DITINGGAL

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

lambat pulak menulis di sini hari ni dek kerana ada kematian yang berlaku di kalangan saudara.kematian itu sesuatu yang pasti.dah semua yang dijadikan berpasangan maka hidup pula lawannya mati sesuatu yang bukan luar biasakan.pemergian isteri menjadikan suami berstatus bapa tunggal atau perkataan biasanya 'duda'.

biasa golongan isteri yang ramai ditinggalkan sama ada ditinggalkan untuk selamanya atau tinggal untuk sementara atau tinggal sekejap ada,sekejap tiada.pendek kata ditinggalkan oleh si suami.ramai yang kekal berstatus sendiri dan ada ramai juga yang mampu mencipta kejayaan dengan orang baru atau di sebaliknya.

kalau dilihat kepada si suami pula.bagaimana kalau ditinggalkan isteri? contoh masa berpantang isteri di kampung?tengok fizikalnya,tengok rumahnya...huhu..ada yang tak sempurnakan.tapi kalau dalam konteks pergi tak kembali lagi? bagaimana? kalau usianya masih muda bertenaga,...emmm..kawin lagi?kalau tua?hidup sendiri?...atau bagaimana?sukar sekali untuk membuat telahan kan.

ni lah tadi yang kami semua dok sembangkan untuk pak saudara yang ditinggalkan si isteri yang sudah hampir 50 tahun dikahwini.emmm...dalam tempoh itu pastinya pasangan ini telah melalui pahit manis,masam bersama...bak kata; cubit peha kanan,peha kiri rasa sakitnya juga.ini apa tah lagi orang yang selama ini ada di sebelah tiba-tiba tiada di sebelah,tiada di mata,hanya ada dalam kenangan semata.huhu...boleh sakit meroyan juga dibuatnya...aduhai...

kalau si isteri (mak) yang tinggal mungkin pengisian masa boleh bersama anak,cucu.kalau si suami (ayah)...adakah betah untuk tinggal bersama anak ,menantu dan cucu-cucu?emmm...semuanya menuntut kerjasama dan saling memahami antara satu sama lain.

jika usia sudah dipenghujung senja bagi CITH lah,baiklah pergi mencari bekalan yang mungkin masa muda banyak yang tinggal.mungkin dek sebab itu Allah jadikan keadaan ini supaya kita ini diberikan ruang dan peluang untuk mengumpul "saham" untuk dijadikan bekalan bertemuNYA kelak.wallah'hualam.

apa pun keadaan yang ditinggalkan itu,perjalanan hidup masih perlu diteruskan.kehilangan atau ditinggalkan memang sakit dirasainya.hanya mereka yang pernah merasainya itu saja yang mampu memberi maknanya...Al Fatihah untuk arwah Mak Itam Saipun...

ALAHAI...

3 comments:

  1. ramai yg kawin lagi walaupun dah tua :)

    ReplyDelete
  2. suami yg di tinggalkan selalunya cepat je kahwin lain, isteri yg di tinggalkan selalunya kekal bujang hingga akhir hayat menunggu si suami di pintu syurga :-)

    http://alamroon.blogspot.com/2012/02/satay-drimba.html

    ReplyDelete
  3. kasihredha: betul tu kan...kata mereka nak ada teman berbual .yela dh sunyi bila ank2 ada kehidupan sdri.

    mala: agaknya org perempuan ni mmg kuat setianya kan...emmm..yela kalau yg pergi itu dah baik,takut pulak yg berganti itu sebaliknya.pasal tu baik lah bersendiri.

    ReplyDelete

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala