pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Tuesday, February 14, 2012

CABARAN DAN DICABAR OLEH PENDIDIKAN MASA KINI


Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

semakin hari dunia pendidikan semakin mencabar.bukan setakat mencabar golongan yang digelar pendidik bah kan ia juga mencabar keupayaan dan kemampuan anak dan ibu bapa sendiri.

kalau dahulu masa CITH membesar,kami sebagai pelajar tidaklah rasa tertekan untuk mendapat keputusan A apatah lagi mak ayah yang tidak terbuka sangat pada ketika tu.apa yang mereka mahukan ialah anak-anak menamatkan persekolahan pada usia atau tahap yang sesuai iaitu antara SRP atau pun SPM.kalau lebih tinggi daripada itu,itu dah dikira bonus yang luar biasa.

kini,suasana sudah berubah.persekitaran menuntut mak ayah juga berubah untuk memastikan kecemerlangan anak-anak bukan berhenti setakat PMR atau pun SPM.sebaliknya mahu lebih tinggi dan tinggi lagi.ini sekaligus menuntut anak-anak untuk menjaga prestasi pelajaran mereka untuk meneruskan kelangsungan kejayaan dalam pendidikan.

CITH sendiri rasanya memang tercabar dan dicabar! huhu...apatah lagi selibus pembelajaran anak-anak sekarang bukan macam dahulu.kalau dahulu hanya kenal Kajian Tempatan,Sains,Kemahiran Hidup...semasa di sekolah menengah tapi kini tidak lagi.mak ayah pun kena update dengan pembelajaran anak-anak.kalau tidak,masalah akan timbul...huhu...CITH sendiri pun ada kalanya "tersangkut" juga apabila ada soalan yang "kantoi" untuk CITH sendiri selesaikan...aduh...

tambahan subjek baru di tahap dua ini memang bagi CITH agak berat berbanding yang sebelum ini.apatah lagi bertambah dengan selibus dari sekolah agama.pendek kata,mak ayah sendiri kena bukak buku juga bersama anak-anak.mungkin kepada anak yang boleh bergerak sendiri,mereka tidak memerlukan bantuan mak ayah.senang cakap anak itu dah tersedia lebih cekap daripada yang lain.tapi kepada yang sederhana,pastinya bantuan mak ayah sangat perlu.kadang-kadang tu CITH pun rasa tertekan tapi pujuk hati balik apabila mengenangkan kalau mamanya sudah tertekan,bagaimana pulak anaknya...kesian kan...

malam tadi,di sekolah Sakinah bermulanya kelas tuisyen malam anjuran PIBG sekolah untuk pelajar tahap 2.kelas bermula jam 8-10 malam.memanglah kalau diikutkan penat,memang penat tapi nak buat macam mana.dunia sekarang menuntut kepantasan dan persaingan.itulah yang selalu CITH bisingkan pada Sakinah supaya mengenepikan perasaan penat,malas yang akirnya akan melemahkan diri untuk menghadapi saingan yang semakin hebat.

nak tak nak,cabaran ini harus ditangani.pengorbanan masa,pengorbanan terhadap yang menyeronokkan terpaksa diketepikan demi tuntutan pendidikan itu sendiri...duhai anak,kuatkan semangat.dunia hari ini memerlukan ilmu untuk menjadi khalifah yang benar-benar berguna untuk agama,bangsa,keluarga dan negara!

ALAHAI...

8 comments:

  1. Betul tu, dunia pendidikan semakin kompleks.
    Sapa lambat mmg akan tertinggal. Yg cepat dan tangkas sahaja yg akan jad juara.

    ReplyDelete
  2. Saya kurang setuju dgn sistem pendidikan di malaysia sekarang. Setelah anak2 mendapat pendidikan awal di luar negara, ternyata sungguh perbezaan.

    Kami kembali ke msia dgn anak2 zero b.melayu. Anak sulong terus masuk drj 5. Kakak hanya ambil kelas tusyen masa drj 6 utk subjek bm dan matematik. Subjek yg lain hanya buat latihan di rumah.

    Alhamdulillah kakak berjaya dapat 5A.

    ReplyDelete
  3. yups
    sistem pendidikan skrg sangat memenatkan
    :-)


    P/S : Nak Minta Tolong Bantu Hans Menang iPad 2

    http://hanspunyablog.blogspot.com/2012/02/pusingan-akhir-contest-gadget-impian.html

    ReplyDelete
  4. Takut, penat, perlukan ketabahan untuk tangani isu ini.

    ReplyDelete
  5. NIEDA: yelah kak, akak lagi lebih tahu kan...

    MALA: tahniah,pastinya hasil kerjasama padu mak dan ayahnya kan.mmg lain sistem di sini dgn di luar negara.ada anak rakan saya yg balik dr luar negara tidak mampu mengikuti sistem di sini dan akhirnya bertukar ke internation school.sistem kita asyik bertukar mengikut siapa yang berkuasa.entahlah...

    HANS: hanya mereka yang rasa baru tahu penat kan...

    MAK WARDAH: betul.hanya ketabahan yg perlu diajar pada anak-anak supaya dpt atasi kepenatan.

    ReplyDelete
  6. Itu lah dia. Kesian pada anak2 kita. Sistem pendidikan mengikut sukabhati si pemerintah.

    ReplyDelete
  7. kalau tak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya ..

    ReplyDelete
  8. memang benar,bukan senang nak jadi senang kan.

    ReplyDelete

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala