pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Tuesday, April 5, 2011

BIARLAH ORANG TUA ITU BEREHAT...

Assalammualaikum semua...

tengahari tadi baru bercakap telefon dengan mertuaku di kampung.daripada nada yang aku dengar macam tak happy seperti biasa.aku tanya sihat tak,dia kata sihat.kalau kita dah biasa bercakap dengan orang tu,tak nampak muka pun boleh kenal suara orang tu happy ke sedih ke.betul tak?pendek kata tak yahlah nak cover-cover.

dah lama bersembang barulah terkeluar ceritanya.mertua aku ni sebenarnya dah tak tahan dah,dah tak larat dengan nak jaga cucu,nak jaga hati perasaan orang lagi dah!dia kata;
"mak rasa Su,nak duduk je rumah Su.penat kepala otak mak ni
dengan hal orang macam-macam.penat dah mak ni.mak nak
hilangkan diri sekejap."
"ha, mak datang je sini.duduk sampai mak dah ok,baru balik."
"tu lah mak datang tapi abah ko pulak ada kerjanya kat masjid tu..."

emm...entahlah aku pun sebenarnya dah banyak kali cakap dengan mertua aku ni jangan lagi nak sibuk dengan cebuk kencing budak lagi,nak suap makan budak lagi.dah tua-tua gini(dah 62 tahun)bawak berehat,pergi cari ilmu agama.

nilah bila cakap lebih,ada orang pulak terasa.susahnya kalau ada orang ambik kesempatan terhadap kebaikan orang lain.tak kerja tapi anak nak suruh mertua jaga.dia duduk rumah buat apa,aku pun tak tahu.kan namanya susahkan hidup orang lain.geram jugak aku dibuatnya.

bukan tu je,mertua aku ni pulak yang kena siap makan dia,kena jaga anak dia kena dengar dan terlibat sama dengan masalah yang dia sendiri yang cipta!

tak tahulah aku orang jenis apa mereka ni.senang hidup tapi menyusahkan orang lain.tak ada hati perasaan...

AKU? tak payahlah nak menyusahkan mak ayah lagi dengan hal kita@masalah kita@anak kita.cukup-cukup lah mereka dulu dah penat menjaga dan membesarkan kita.kasi peluang mereka untuk berehat pulak.

ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala