pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Wednesday, April 6, 2011

KEMBOJA PUTIH EP19-DIA TERIMA BALASANNYA

Assalammualaikum semua...

sorotan petang tadi episod 19,bermakna esok merupakan episod terakhir slot lagenda ini.biasalah klise drama-drama kita,sesiapa yang bersalah walaupun pada awalnya berjaya melepaskan diri namun pada penghujungnya pasti menerima balasan.

begitu juga rentetan pada watak Zali yang akhirnya pecah segala rahsia dan perbuatannya yang selama ini ditutup rapi daripada pengetahuan atoknya dan orang kampung.

Zali telah ditangkap dan ditahan sebagai tahanan polis atas kesalahannya membuang bayi.begitu juga dengan Wati-kekasih Zali yang terlibat sama dengan kes tersebut.bak kata pepatah;sepandai-pandai tupai melompat,akhirnya jatuh ke tanah juga.samalah juga kalau nak diibaratkan dengan nasib Zali dan kekasihnya ini.

sementara itu,pembongkaran persoalan tentang mengapa hantu Kemboja sentiasa mengganggu sudah diketahui.Zali sendiri telah mengakuinya bahawa dialah yang telah memperkosa Kemboja dan sebab itulah hantu Kemboja mengganggu mereka kerana ingin membalas dendam.

sebaliknya Amar merasa sangat tertekan dengan kata-kata Zali itu.dia merasa kegagalan dia untuk melindungi Kembojalah menyebabkan Kemboja menjadi mangsa.dia masih merasa Kemboja sentiasa hidup dengannya biarpun orang lain mengatakan Kemboja telah mati....bersambung esok...

AKU?biarlah yang telah pergi itu pergi dengan aman...

ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala