pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Tuesday, April 5, 2011

WANITA CANTIK BUAT LELAKI JADI BODOH? ATAU LELAKI MEMANG MUDAH DIPERBODOHKAN?

(foto oleh GOOGLE.COM)
Assalammualaikum semua...

aku baru saja menyelesaikan pembacaan surat khabar untuk hujung minggu lepas.selalunya aku terlambat dengan berita-berita semasa ni.apa taknya betul-betul dapat menilik surat khabar daripada muka depan sampailah belakang hanya bila dah tidurnya dua orang kat rumah ni.time tulah dunia membaca 'aku yang punya'

tengah baca-baca ni aku tertarik dengan satu artikel ni di bawah tulisan Tumit Tinggi(TT Berita Harian 2/4/11)topik berkenaan lelaki yang suka wanita cantik.dalam artikel itu dikatakan wanita cantik ini menjadi kegilaan ramai lelaki di luar sana meskipun otaknya kosong! berbanding wanita yang berotak tetapi tak cantik.

berikut ini aku turunkan tulisan tersebut:

ORANG selalu cakap, lelaki sukakan wanita cantik tetapi kurang cerdik. Ceritanya, ada kajian yang mengesahkan perkara ini. Kononnya, lelaki lebih rela keluar bersama dengan wanita cantik yang bodoh daripada wanita bijak tetapi kurang menarik.

Lebih separuh lelaki berkata otak yang bijak tidak penting selagi wanita itu cantik kerana ia penting untuk mengagumkan rakan mereka! Lapan daripada 10 lelaki berkata, mereka tergugat dengan gadis bijak.Kata mereka, berkawan atau berteman dengan wanita cantik campur tak cerdik, lebih bagus, senang nak buat apa saja. Boleh jadi barang perhiasan, tayang-tayang kat orang, biar semua yang melihat, sakit hati, dengki, walaupun mereka sendiri, tak tampan mana pun.

Paling penting, kata mereka, wanita tak berapa cerdik ni senang nak diperbodoh-bodohkan. A dikatakan, A lah jadinya. Senang digula-gulakan, tak ada nak bertekak, mempertikaikan atau melarang kalau golongan Adam ni cuba, ‘try’ nasib nak buat benda tak betul kat perempuan tu. Konon, banggalah rasa macam tu. Tapi pernah tak lelaki begini fikirkan...bila berkawan dengan wanita cantik, tak kiralah yang pandai atau kurang cerdik, sebenarnya dia orang yang jadi bodoh?

Banyak sangatlah contoh kalau nak bagi.Anehnya, bila dapat wanita cantik, bangga, hendak pula dia sendiri hodoh tak ingat, harapkan duit je lebat. Jangan kata dia boleh perbodoh-bodohkan wanita, dia yang dibodoh-bodohkan.

Janji boleh teman dia minum, makan, jalan-jalan, kepit-kepit, tayangkan kat orang, konon-kononnya ada girlfriend cun-melecun, bergetah, sedar tak sedar, semua belanja dia kena keluarkan. Abang tolong bayar tu, abang, sayang nak ini, itu, semua bagilah. Akhir-akhir kena `buang,’ baru menangis tak berlagu. Bisinglah cerita kat satu dunia, perempuan tu mainkan dia, banyak duit habis, beribu, berpuluh-puluh ribu. Padan muka!!!! Sekarang siapa yang tak cerdik?

Dalam satu laporan, kononnya hasil kajian dibuat sekumpulan pakar Universiti McMaster di Kanada. Menarik! Katanya, apabila lelaki melihat perempuan yang cantik, menarik atau apa yang mereka kategori sebagai ‘hot,’ keupayaan mereka untuk membuat keputusan bijak, berkurangan.

Dalam kajian yang dijalankan oleh Margo Wilson dan Martin Dal itu, seramai 209 lelaki dan wanita ditunjukkan gambar individu daripada jantina berbeza - lelaki ditunjukkan gambar wanita, wanita ditunjukkan gambar lelaki - yang menarik dan kurang menarik dan diberi pilihan memilih ganjaran wang antara $15 dan $35 esok atau antara $50 dan $75 pada masa akan datang.

Hasilnya, majoriti lelaki apabila ditunjukkan gambar wanita tak cun, mereka berfikiran rasional dan memilih ganjaran lebih besar. Tetapi, apabila ditunjukkan gambar wanita cantik, mereka memilih untuk menerima ganjaran yang kecil, keadaan yang amat berbeza dengan wanita. Kacak atau tidak seseorang lelaki, tidak menjejaskan keupayaan mereka berfikir dengan rasional dan bijak.

Tiada penjelasan konkrit untuk penemuan itu, tapi yang pastinya lelaki jadi bodoh, bila tengok wanita cantik. Kata Wilson dan Daily, ini mungkin disebabkan melihat wanita cantik, membuat lelaki teruja dan terangsang.

Ha, tu lah dia lelaki, kan. Otak, kematangan, kewarasan, memang letak salah tempat. Senang sangat nak buat otak dia orang ni kacau-bilau. Tapi, yang sebetul-betulnya, tak payah tunggu perempuan cantik lah bagi golongan ini, kena yang pandai manja-manja, lentuk-lentuk, layan kehendak dia, apa jantina pun boleh buat dia sasau.


AKU? ada kewajaran dan kemunasabahannya artikel ini.semua orang suka yang cantik.apa-apa pun kewarasan akal harus diletakkan di tangga teratas dalam membuat sesuatu keputusan.

ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala