pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Sunday, April 10, 2011

12 BULAN=365 HARI TAK ADA MASA NAK TENGOK ANAK?

Assalammualaikum semua...

terlebih dahulu Al fatihah untuk arwah anak kecil yang bernama Saiful Syazani Saiful Sopfidee, 7, murid tahun satu sebuah sekolah agama persendirian di Arau dan salam takziah kepada seluruh keluarga angkatnya.

ketika aku mengikuti cerita ini di dada-dada akhbar mahupun di blog dan di TV,hati ini sayu dan sedih sangat.yelah budak baru 7 tahun kan...apalah yang dia tahu sangat.dengar suara yang keras dan amukan seorang yang bernama guru pastinya dah kecut perut dan berasa gerun!maka rela diri diperbuat apa sahaja.itu yang sudah berlaku.aku tak mahu mengulas tentang itu.TITIK.

apa yang aku nak luahkan di sini ialah;PERSOALAN TANGGUNGJAWAB SEORANG BAPA.pagi tadi aku mengikuti siaran Nasi Lemak Kopi 0 TV9 kelolaan AG menemubual Saiful Sopfidee Marzuki(SSM),ayah kepada arwah.tiba-tiba hati aku ni naik geram pulak.rasa membuak-buak perasaan geram dengan yang bernama lelaki dan ayah ni.dengar apa katanya;

AG :difahamkan abang sudah lama tak melihat anak abang.abang ke mana?
SSM :saya di Langkawi,Kedah.memang saya dah setahun tak datang
tengok dia.saya sibuk.saya rasa keluarga angkat itu boleh menjaga anak saya
dengan baik.jadi saya rasa kalau setahun atau 2 tahun pun saya tak tengok
dia,keluarga angkat dapat menjaga dia.


Ya Allah,dengar dia cakap macam ni..pup! darah aku naik ke kepala.Ya Allah ada ke seorang ayah patut cakap macam tu...duduk di Kedah nak pergi tengok anak kat Perlis pun tak boleh? bukan jauh kat luar negara ke apa...memang aku sangat emosi.aku dah nak try call TV9 tadi,kakak aku kata;tak payahlah.tulis je kat FB NSLK0 dan blog.

ada ke patut?setahun...tak ada langsung masa nak lari sekejap tengok anak?boleh serah gitu je pada keluarga angkat?tahu entah tidak dia keperluan anak tadi?nafkahnya,keinginannya,perasaannya...maklumlah kan,budak-budak lagi.duduk di asrama pastinya masing-masing cuba bersaing dan menunjuk apa yang mereka ada.dah nama peragai budak-budak kan.suka nak berlawan-lawan.(bukan lawan fizikal)

Ya Allah memang aku geram sangat!!!!tolonglah!!!jangan pandai buat anak lepas tu lepas tangan kat orang lain untuk besarkan anak sendiri.kemudian beri alasan SIBUK..SIBUK..sampai tak ada masa untuk melihat anak sendiri.berilah seribu alasan pun tapi bagi aku memang tak patut dan tidak bertanggungjawab!!!!kesian kepada mereka yang tiada anak tapi beriya nak anak.apa jenis orang macam ni pun aku tak tahulah.

aku tak mahu cakap aku tak simpati.aku simpati.tapi aku rasa,lelaki ini telah sendiri atau telah awal 'membunuh' hidup anaknya sendiri!!!!sebelum Allah ambil nyawa anaknya.kematiannya telah membawa kita kepada persoalan tanggungjawab;

1.tanggungjawab ayah kepada amanah Allah padanya-anak

2.tanggungjawab guru kepada amanah kerjayanya

AKU?moga Allah berikan hidayah dan petunjuk untuk kita semua baik ibu atau ayah untuk menjaga amanah yang telah diberikan secara bertanggungjawab.meski pelbagai asakan depan belakang,kiri kanan...tanggungjawab itu akan terpikul selagi hayat dikandung badan.amin.

ALAHAI...

1 comment:

  1. bee tengok jugak tadi ntah apa2 jugak cr dia cakap tu , rasa org boleh jaga anak dia dgn baik padahal sorang je anak pun , ustazah tu basuh jugak dia tadi ...

    ReplyDelete

Blog Archive

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala