pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Monday, September 6, 2010

KUIH RAYA, LANGSIR RAYA, CADAR RAYA ...apa lagi?

salam ketemu untuk kalian rakan blogger sekalian.Ya Allah dah 3 hari tak berkesempatan nak pegang laptop ni.rasanya memang tak cukup masa. banyaknya cerita nak diceritakan ni...alahai...dari hal Hakimi tak sihat,kena bawak pergi periksa kat Dr kanak-kanak kat Ampang Putri, cerita buat kuih raya, pasal sahur dengan GCB, pasal rumah berlangsir dan bercadar baru, pasal shopping last minit untuk pakwe aku ni...hihii...banyaknya...

apa taknya,hari Jumaat lepas ,Hakimi demam pulak.nak tumbuh gigi lepas tu pulak ada ulser kat dalam mulut.alahai...macam biasa,dia nak susah nak tidur,'bergantung'ajelah kat bahu aku ni. merengek sakit tu biasalah.dia kalau tak sihat badan aje-siaplah meragam, moody.serba tak kena.habis segala projek nak buat tergendala.plan asal nak mula buat kuih raya barang 2@3 jenis,emmm....

tu pun aku gagahkan badan jugak nak buat kuih 'wajib ada' kat dalam rumah aku ni-SARANG SEMUT! jangan semut betul masuk rumah dah lah! kang bersarang-sarang pulak...

3 kali sesi buat kuih ni- sebabnya terpaksa mencuri masa dalam menjaga Hakimi dan dalam masa yang sama nak buat kuih! buka dan bersahur ala kadar. dah nak hujung-hujung puasa ni- macam dah tak semangat nak masak! nak ambik cuti awallah! dan kebetulan-hujung minggu ni pulak ada jemputan berbuka.syukur...alhamdulillah.

sarang semut ni-buat bukan untuk jual.buat untuk makan sendiri dan sebagai buah tangan nak pergi beraya kat rumah adik beradik nanti.diorang semua dah tahu kuih tradisi aku ni.pasal penat berjaga dari malam melayan karenah Hakimi yang tak nak berenggang daripadaku, kemudian menyambung pulak dengan membuat kuih raya sampai ke sahur, maka sahur semalam makan GCB aje.pakweku beli 'tapau' kat MacD depan rumah ni, ha apa lagi makanlah 3 beranak burger!cerita pasal benda baru dalam rumah? langsir dan cadar baru aje.kata pakweku; "memang kena pakai langsir,cadar baru ke kalau nak raya ni?" aduh...ini punya soalan, aku cakap dekat dia; "bukanlah hari raya je nak berganti baru,hari biasa tu ganti jugak,TAPI untuk raya ni,ganti yang lebih 'up' sikitlah...orang perempuan memang macam ni..." alahai...laki aku ni. macam biasa,tugas menukar yang lama kepada yang baru ni memang dah jadi kerja dia,pasal tulah dia tanya! hahaha...

malam tadi pulak-barulah tersedar,ada barang lagi tak shopping.seluar dia! bukan seluar kecik ye, hihiii...

apa lagi,lepas Isyak semalam ke Juscolah kami.Ya Allah-azabnya nak cari parking! PENUH!dasyatnya orang kita membeli kan! dari yang baby masih merah dikendung sampailah yang dah berusia tetap bersemangat nak bershopping.

pakweku beli 2 pasang seluar kargo Camel dia nak juga tali pinggang.untuk Sakinah-aku belikan handbeg girls sebagai hadiah hari raya nanti. dah lepas tu baliklah kami.tak sanggup nak bersesak-sesak!

kalian pulak bagaimana?...dah siap semuanya???


ALAHAI...

2 comments:

  1. Laki aku lom shopping baju ngan seluar lagi. Katanya malam hari selasa/rabu ni..biar orang reda sikit..suruh diorang sume balik kg dulu, baru kami g shopping...hehehe....

    Aku tak jadi balik Melaka raya pertama. Balik raya kedua pagi. Sampai cheng, tengok mak aku kejap, lepas tu terus pegi jenjalan umah sedara laki aku kat sungai udang, dan dan paya mas

    petangnya...baru balik KL..

    Ko ada kat mana raya kedua??

    ReplyDelete
  2. tu kira ko yg concore lah soping tu esok.tk payah nk himpit2 org.

    raya ke2 tu klu seblh pg til tgh-aku kat jasin.petg tu aku dh ada kt london lak. haha-ko caling2 aku.makesure bateri phone tk kong!

    ReplyDelete

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala