pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Thursday, May 5, 2011

"MAMA, ADA BERITA GEMBIRA!'

Assalammualaikum semua...

biarlah ketika ini aku berkongsi sedikit kegembiraan hati ini walaupun ia tidaklah sebesar mana tapi cukup menggembirakan hati aku seorang mama.

petang tadi balik dari sekolah kebangsaan, Sakinah dah bising beritahu aku; "mama,mama hari ni Ina ada 2 berita gembira untuk mama."
"apa dia?"
"betul ma,Ina dapat no 1 pertandingan bercerita semalam.satu lagi Ina dapat no 3 dalam periksa formatif."
aku? apa lagi melainkan ucap syukur padaNYA yang telah memberikan pulangan kepada usaha yang dibuat selama ini.

semalam Sakinah masuk pertandingan bercerita BM.dah lama hantar nama,masa mula-mula tu sibuk praktis.lama sangat tunggu tapi tak juga startnya,jadi lupakan sekejap.alih-alih hari Selasa hari tu cikgu cakap balik yang pertandingan bercerita tu ada.hari Rabu(semalam) kena buat.apa lagi,praktis baliklah.siapa lagi yang jadi mentornya kalau tak mamanya ni.al hamdulillah, kejayaan untuk dia.

exam? bila time exam ni apa lagi tugas seorang mama?selain mendoakan kejayaan anak yang tak putus-putus,komitmen mama terhadap kerja-kerja mengulangkajinya.kadang tu aku ingin sahaja dia 'berjalan' sendiri tanpa aku masuk campur atau aku yang jadi 'kaki sibuk'.tapi entahlah,aku mampu berkata di bibir tapi jauh di hati ini aku tahu Allah tahu hatiku-yang aku ini masih tidak sanggup untuk melihat dia berjalan seorang!

pakweku sendiri mengakuinya;malam tadi kami berbincang mengenai tensionnya aku,stresnya aku berhadapan dengan karenah Sakinah yang kadang kala memang menguji kesabaran aku.aku menjadi orang yang cepat marah dan lepas itu aku sendiri yang rasa tertekan sangat.kata pakweku; "awak ni terlalu nak perfectlah! awak nak semua perfectionist.awak dah letakkan satu tanda aras yang Sakinah kena achieve,pasal tu awak yang stres sendiri.dia tak tahu.pasal tu dia tak kisah apa yang dia nak buat."

aku?entahlah...mungkin ada benarnya.apa yang aku rasakan,aku memang nak yang terbaik untuk Sakinah.bagiku dia menjadi model untuk kejayaan adiknya kelak.sesungguhnya aku bangga dengan dia.aku tahu dia sentiasa ingin buat aku gembira.terima kasih Sakinah!

ALAHAI...

2 comments:

  1. Tahniah utk Sakinah. Ibu mana x bahagiaa melihat kejayaan anknya.

    ReplyDelete

Blog Archive

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala