pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Wednesday, May 4, 2011

AYAM PENCEN MASAK KARI

Assalammualaikum semua...

hari ni nak kongsi entri masak-masak CITH.masak AYAM PENCEN KARI.aik? ayam pun ada pencen-pencen juga ke?...hihi...ayam pencen ni maknanya ayam yang dah tua sikit dan keras atau pun orang panggil ayam telur.jadinya kalau orang yang dah pencen tu maknanya dah tua ke?...taklah macam tu ye!

oklah,nak masak ayam keras ni,aku rebus dahulu ayam ni.tak bolehlah nak makan time-time tu jugak.kenalah tunggu dulu...masak macam biasa masak kari tu cuma aku tak tumis bahan-bahan kisar macam bawang merah,bawang putih,halia tu.

CARA-CARANYA:

1.rebus ayam terlebih dahulu.

2.bila dah agak empuk,masukkan 3 sekawan,bahan kisar dan cili kisar bersama rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air.

3.masukkan serai yang telah dititik,kentang kalau suka,daun kari atau daun limau purut.(aku lebih suka bubuh daun limau purut-bau wangi sikit)

4.akhir sekali masukkan santan dan garam secukup rasa.biarkan sehingga pecah minyak, dah boleh ditutup api.

TIPS:
-arwah mak dulu kata;untuk lembutkan ayam keras ni masukkan sehelai dua daun nangka.kalau susah nak cari,masukkan sudu kaca.tapi bila time aku sekarang,dua-dua tak payah nak jumpa,aku masukkan sudu besi! menjadi juga.pokok pangkalnya kena rebus dulu ayam tu.tidak ada yang tertanggal gigi atau pun merajuk tak nak makan.

ALAHAI...

4 comments:

  1. bestnya..
    akak pun selalu beli ayam pencen kalau nak buat rendang :)

    ReplyDelete
  2. sedap tu kak,rasalah keras sikit kan.boleh lah buat gigit2...hihi.klu ayam biasa tu hancur klu buat rendang.

    ReplyDelete
  3. petua melembutkan ayam pencen
    1. Rebus dengan air kelapa
    2. Perap sekejap ayam dengan halia yg ditumbuk dan kemudian rebus skali dengan halia tu..untuk hilangkan hanyir dan lembutkan ayam
    3. Rebus sekali dengan betik muda
    4. Letak baking soda - ni lembutkan daging, ayam

    so..mmg banyak petua..pilih jer yg mana satu

    ReplyDelete
  4. CK: makasih2...yg snng sekali baking soda tu ler..

    ReplyDelete

Blog Archive

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala