pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Saturday, July 3, 2010

RESTORAN REBUNG- perutku kata...stopppp!!!

malam ni -Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) kami ialah di Restoran Rebung kepunyaan Chef Ismail Ahmad bersama rakan kongsinya Datuk Dr. Sheikh Muszaphar -angkasawan negara kita tu! rezeki kami agaknya dapat bersua dengan tuan punya restoran-Chef Ismail.maka sempatlah berposing sekejap...hihi....seperti biasa ahli kelab kami-aku sefamili,dua orang kakakku dan tiga orang anak buahku.

restoran ini asalnya merupakan sebuah rumah banglo yang terletak di:
4-2 Lorong Maarof
59000 Kuala Lumpur, Bangsar
03-2283-2119
berdekatan dengan station LRT Bangsar dan kira-kira 7km dari pusat bandar.

kali ni yang jadi penaja makan malam....hahaha...giliran siapa pulak? tulah giliran dua orang kakakku! (tudung putih dan yang hitam) bagus juga kalau ada acara JJCM ni.dapat gantung periuk dan sesekali cuba makan kat tempat orang pulak.yelahkan...kalau dah kerja penat di siang hari,hujung minggu ni berlagak "senanglah" sikit...alahai...makan pun nak sodap!!!hihihi..kata anakku,Sakinah-jadi orang kaya!!! khah..khah...

di sini,kita boleh memilih sama ada nak makan di 'open air' atau pun di ruang berhawa dingin.ruang berhawa dingin ni lebih nampak 'privacy'sikit.jadinya kami memilih makan di sini.

konsep makan ialah secara buffet.seorang dikira rm48.(untuk malam ni-makan je...orang belanja...murah rezeki orang tu...)lauk pauk? tak boleh nak dikira....pelbagai masakan tradisional Melayu kita dan juga yang barat.(ni gambar daripada camera pengunjung yang datang)

kalau dah tekak orang kampung,masakan Melayu juga yang jadi no 1. pendek kata,macam-macam ada!ada daging salai masak lemak cili padi,sambal tempoyak, rebung,rendang daging ..aduhai banyak la pulak.lupa pulak tadi nak tulis semuanya.
ada kambing bakar,ayam bakar...tapi yang bestnya ada pelbagai jenis sambal! bukan setakat sambal belacan biasa kita tu...ada cencaluk,budu,sambal ulek,sambal petai,sambal jering...macam-macam!

sayangnya...cameraman aku ni ha...tak perasan pulak siang tadi tak caj bateri camera!bateri pulak kejap hijau,kejap merah...sayang gambar tak dapat nak ambik banyak!
nilah gara-gara nak make-up 'meletup' punya pasal...aduhai..


makanan, memang sedap belaka. kalau dah rasa perut tu dah tak boleh masuk dengan nasi,boleh juga mencuba soto,laksa,bihun sup dan sebagainya.pendek kata ...'eat all you can!"

tak pe, sebelum tidur malam ni,makan fiber dulu supaya pagi esok tak ada masalah...hihihi.

selepas makan boleh cuba pencuci mulutnya pula.bukan setakat buah-buah seperti tembikai dan oren tu,tapi ada sago Melaka,kuih koci,pengat pisang,bubur kacang hijau,air batu campur,kuih muih-popiah,pisang goreng,cucur udang... Ya Allah banyaknya makan ni...

komen:

1.makanan sedap.yelah dah kata pemiliknya chef-takkan tak sedap kan!
kalau tak sedap tu ada 'something wrong somewhere' hish...
2.tempat makan selesa-ada tempat nak bersolat
3.pelayan yang ramah tamah-sampai dah tak larat nak makan lagi-
asyik suruh makan!
4.dekorasi yang cantik-banyak hiasan barang yang berkaitan dengan
Chef Ismail dan Datuk Dr. Sheikh Muszaphar
5.ada alunan muzik-daripada live band
(tapi ada syikit syumbang la!-hihihi)


#terima kasih daun keladi kepada pihak penaja ye!...

ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala