pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Saturday, July 10, 2010

SPAGHETTI BOLOGNESE 'fusion"

resepi aku ni mungkin berbeza sedikit dengan resepi spagetti bolognese yang seperti di restoran di luar sana atau pun lain-lain resepi.sebabnya,kuah spaghetti ni aku masak sendiri tanpa menggunakan yang sudah siap di pasaran. sebab itulah aku namakan SPAGHETTI BOLOGNESE 'fusion'

dah lama sangat nak buat resepi ni.cuma pakweku nilah,memang nak makan nasi je.asalkan ada nasi,lauk 'darurat' pun tak pe.tapi kali ni,tengahari ni aku dah cakap awal nak buat spaghetti.dia ikut je la. hihihi..mari kita lihat bahan-bahannya.

BAHAN-BAHAN:

spaghetti apa jenama pun boleh-tapi aku selalu gunakan SAN REMO
- didihkan air,masukkan spaghetti bersama sedikit minyak masak
dan sedikit garam
- biarkan ia kembang dalam 15-20 minit sehingga ia kelihatan kembang
- angkat dan lalukan sedikit air dan kemudian toskan airnya

bawang putih,bawang merah dan sedikit halia-dikisar

daging kisar

tomato yang masak ranum.kalau dapat yang warna merah tu lagi bagus

cendawan butang-aku guna yang dalam tin punya

sos cili

sos tomato

minyak masak untuk menumis

air secukupnya

garam secukup rasa

Italian herbs-aku guna jenama McCormick-mengandungi segala
bahan yang sesuai untuk bolognese ni.

sedikit cheese -kalau suka


1.panaskan minyak,tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.

2.masukkan air dan kemudian tomato tadi yang telah dibelah dua.
masakkan sehingga tomato tadi hancur dengan sendirinya.
nanti ada kulit tomato yang tidak hancur,jangan dibuang.
sebaliknya kita kisar dan campurkan ke dalam kuah tadi.

3.setelah hancur tomato tadi,masukkan daging kisar,diikuti
cendawan butang yang telah dihiris nipis.juga masukkan
sos tomato dan sos cili.

4.masukkan garam secukup rasa.

5.sebelum kuah dihidang,renjiskan sedikit Italian Herbs ke dalam kuah.
dah pun siap!


*cheese tadi boleh disagat untuk ditabur ke atas spaghetti bolognese ini.
( aku tak beli yang dah siap tu,sebabnya nanti lambat pulak nak guna.
lagi pun orang kat dalam rumah ni tak suka sangat cheese.lebih suka cili
padi!!! boleh juga digantikan dengan cili padi potong untuk mendapatkan
rasa yang pedas-ini bagi mereka yang memang selera kampung!)

ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala