pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Saturday, July 3, 2010

PENGAT 1 MALAYSIA

salam hujung minggu untuk semua.petang ni terasa pulak nak buat pengat.semalam dapat pengat pisang daripada Untie Jah. tapi kali ni aku nak cuba buat pengat semua campur.pagi tadi ada beli keledek,ubi kayu dan nangka.kita tengok hasilnya lah nanti.kata pakweku,asalkan tak mabuk-kira ok lah tu....hihihi.

pasal tulah nama pengat ni 1 Malaysia...hahaha...semua ada...kecuali keladi jer tak ada.ni sebab pakweku selalu dapat gatal keladi! hei...miang keladi kut ye!....oklah ni bahan-bahannya

BAHAN-BAHAN

keledek merah- dipotong dadu tapi oren warnanya-warna Belanda!Belanda kan menang 2-1 malam tadi...

ubi kayu-ikut banyak mana suka.
nangka-dibelah empat
bubur cha-cha
sago biji
*keduanya rendam dahulu- biar kembang
gula merah dan sedikit gula pasir
santan
air secukupnya
daun pandan
sedikit garam

1.masak santan bersama gula,garam dan daun pandan.

2.kemudian masukkan keledek dan ubi kayu.

3.bila keduanya dah empuk@lembut, masukkan sago dan bubur cha-cha tadi.

4.akhir sekali masukkan nangka.biarkan seketika hingga nangka lembut.
kacau rata sebelum dihidangkan.dah pun siap!

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala