pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Sunday, July 4, 2010

SELAMAT JALAN BRAZIL...BYE ARGENTINA...

aku ni bukanlah peminat bola sangat pun...tapi bila dah hujung-hujung World Cup ni barulah aku terpanggil nak jadi follower.dari awal lagi yang aku tahu bila orang tanya pilih siapa? aku tahu sebut Brazil,Argentina dan Portugal. tapi Portugal dah 'bye' dulu.jadinya memang aku pasti sangat yang akan ke final ialah Brazil dan Argentina.
kedua-dua pasukan ni terutamanya Argentina memang berada di tahap yang cukup selesa!nampak hebat dan gah! selalu menang je kan!tapi sayang seribu kali sayang Brazil walaupun heboh dikatakan ada si Kaka tu tapi bila malam lawan dengan Belanda hari tu...kalah pulak dengan 1-2! kakak aku yang sorang tu pun terpaksalah tukar gambar profile FB dia...aritu gambar jersi si Kaka,ni dah kalah,tukarlah gambar asal!

pada aku pulak,yang paling terkesan sangat bila Argentina boleh kalah teruk dengan Jerman sampai tak boleh nak 'score' langsung!!! memang pelik betul.main macam tak betul jer.geram pun ada! kata pakweku yang bukan peminat bola-"dik,awak tahu ke diorang yang main tu tak betul? bola tukan bulat...." hish...pakweku ni...dasyum...dasyum
kalau Madonna menyanyikan lagu 'Don't Cry For Me Argentina', aku pulak nak tukar jadi macam ni...I cry for you Argentina...betul-betul keciwa dibuatnya...tapi lagi kecewa tengok pasukan Malaysia tak masuk World Cup.bilalah agaknya kan?

maka untuk akhirnya-selamat jalan Brazil dan tinggallah Argentina...tunggu lagi empat tahun.untuk final World Cup ni,aku terpaksa tukar pasukan-pilihanku Jerman pulaklah...belotkah aku?....hahaha...sekadar suka-suka sahaja.apa pilihan kalian semua?

ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala