pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Sunday, July 18, 2010

PNK SEPANG RESORT-kembali ke zaman kanak-kanak

percutian hujung minggu sebelum nak sambut puasa.dekat,tak memerlukan kos yang mahal.hanya keluar sedikit dari KL.bercuti di Sepang.tak lama lagi kat sini akan siaplah Gold Cost Sepang.jangan tak caya! bukan kat Australia je yang ada. mungkin hujung tahun ni merasalah....

sebelum sampai di di destinasi ni,terlebih dulu kami dah singgah di tepi jalan-makan durian.kalau dah 'hantu' durian....sempat lagi berhenti.tak sempat nak pose.dah sodap bona...lupa lak...

seperti biasa,aku pergi bersama famili dan dua orang kakakku.menyewa di chalet persatuan nelayan yang berharga RM70 semalam untuk satu rumah.dalam rumah ni ada satu bilik tidur dan satu bilik mandi.dilengkapi dengan penghawa dingin.kira ok sangat dah tu kan...

makan? untuk tengahari ni-makanan ditaja oleh kak langku-lauk puyuh masak lemak cili padi,ada mee goreng- kak cik ku bawak dan yang ringan-ringan pun ada.untuk aku? aku sponser malam nanti!

aktiviti petang-pertandingan siapa juara layang-layang...alahai...ni yang aku lomah ni..depa diaorang ni (kakak aku) memang excited gile! yelah...orang dewasa nak jadi budak-budak balik.bayangkanlah...seronok bukan main! anakku ,Sakinah pun sama kecoh nak main.

aku ajelah yang jadi pemerhati PBB bersama Hakimi yang lum boleh jalan lagi.
pakweku jadi tukang pasang layang-layang.diorang ni tahu beli dan tahu main je...bab pasang-pasang ni...emmm...hampeh!




layang-layang memang banyak dijual di sini. ada yang mahal,ada yang murah.paling murah dan memang yang ini pun kami beli beherga RM5 untuk satu.untuk kami je,makcik layang -layang tu dah dapat Rm20. beli 4!.yang seronok tu,angin memang menyebelahi kami.kiranya,memang rezeki hari ni-cuaca baik!

kak langku,memang orang kata 'lopeh gian'- dasyat tu...memang layang-layang dia yang naik tinggi.sampaikan pakweku sambung dengan tali pancing sebab talinya dah abis.memang naik tinggi.kiranya dia juaralah...lepas tu komplen pulak....sakit perut lah...penat lah...macam-macam sikit dia ni!

malam... dinner time. makan lamb chop.kebetulan juga lepas maghrib je,hujan pun turun dengan selebatnya. macam dah rancang pulak.cuaca hujan-hujan gini memang elok kalau pekene yang panas-panas!.memang menu malam ni pun hanya makan yang bakar-bakar jer.nasi dan lauk tengahari tadi masih ada.kalau rasa nak buat siaran ulangan pun masih boleh lagi.

untuk buat bbq ni,pihak pengurusan memang ada menyediakan tempat khas di depan rumah.tetapi memandangkan hujan,pakweku bakar kat veranda rumah,lagi pun nak bakar bukan banyak sangat,ada 12 keping je. memang kena dengan cuaca,sekali hadap-licin! lepas makan baru rasa...panas.tapi tak pe,penghawa dingin ada!hihihi....

hari Ahad pagi-sarapan roti canai kat sebelah chalet ni je. nak mandi air laut-air surut lagi pun pakweku memang tak galakkan untuk orang pompuan ni nak mandi-mandi.mengikut penelitian dialah- bahayalah..ada obor-oborlah..pantai ni air tak bersih lah...memang pakwe aku ni bab-bab keselamatan ni, dia memang 'bising' sikit! dia memang lebih 'alert' dengan benda-benda macam ni.jadinya kami ni pun ikut je lah.lepak-lepak kat tepi pantai je..tengok Sakinah main pasir-kejar anak ketam.


pukul 12,kami dah pun check-out.terus hantar Sakinah kat class Swatari dia.sampai kat Pak Ngah Production tepat jam 1.45.makan tengahari di sini dan tinggalkan Sakinah.balik ke rumah dahulu untuk berkemas barang apa yang patut.hah...penat..tapi seronok...

PNK SEPANG RESORT
KG BAGAN LALANG
43950 SG PELEK,SEPANG
SELANGOR

ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala