pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Monday, July 5, 2010

NASI DAGING Ashgabat bersama ACAR MERTUAKU


Hari ni mencuba resepi baru.ni pun sebagai langkah awal untuk majlis berbuka puasa nanti dan open house raya! Dah banyak kali nak buat resepi ni...tapi ada saja stok dalam peti sejukku yang kene dimasak dahulu. Jadinya-resepi ni asyik tertangguh...

Tapi hari ni,aku tetap nak buat juga dan berjaya!seronok rasa.makan beria. Resepi yang dipelajari daripada seorang kawan,Lin semasa di Ashgabat dulu. Inilah bahan-bahannya:

BAHAN-BAHAN:
Daging
Minyak sapi

Bawang putih,bawang merah dan halia-dikisar
½ cawan susu rendah lemak
Sedikit kismis
Carrot yang disagat
Garam secukup rasa
Daun pandan dan daun limau purut

Bahan A
4 sekawan-buah pelaga,bunga cengkih,
bunga lawang dan kayu manis

Bahan B
Rempah kari
Rempah kurma
Rempah sup

1.rebus daging hingga empuk-pastikan airnya cukup untuk memasak nasi nanti.
Daging tersebut kemudiannya dihiris.ketepikan dulu.

2. panaskan minyak sapi dan tumiskan bahan kiasar bersama bahan A
sehingga naik bau dan kekuningan warnanya.

3. kemudian masukkan bahan B yang talah terlebih dahulu dibancuh
dengan sedikit air untuk dijadikan pes.

4. selepas itu masukkan beras yang siap dibasuh tadi ke dalamnya
bersama dengan air rebusan daging tadi dan daun pandan sekali.

5. masukkan juga susu dan garam.apabila nasi separuh masak,masukkan
hirisan daging,carrot ,kismis dan tidak lupa daun limau purut-
kalau tak suka,tak masuk pun tak pe. Dah pun siap.

Cadangan makanan:

Nasi ini aku cadangkan makan bersama acar dan juga air asam.berikut ini bahan-bahannya:

Acar Mertuaku

Udang kering
Cili merah belah 6
Bawang besar belah 6
Timun-potong panjang
Carrot-hiris panjang
Bawang merah,bawang putih dan halia-dikisar
Air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa
4 sekawan-kayu manis,buah pelaga,bung cengkih dan bunga lawang
Minyak masak untuk menumis

1.panaskan minyak,tumis bahan kisar bersama 4 sekawan sehingga naik bau.

2. masukkan udang kering dan goreng seketika. Kemudian masukkan air
asam jawa.

3. masukkan dahulu carrot dan bawang besar. Bubuh garam dan gula.
rasa kombinasi masin,masam dan masinnya dengan secukupnya.

4. akhir sekali masukkan cili merah dan timun.kacau-kacau sebentar
sampai nampak cili dan timun sedikit lembut-boleh tutup api.
Siap dah untuk dihidang!

Air Asam

Cili padi
Cili merah
Bawang merah
Tomato
**semuanya dihiris

Sedikit kerisik
Sedikit belacan
Air asam jawa-guna air masak ye!
Jus limau nipis
Garam secukup rasa

1.semua bahan ini disatukan dan gaul sebati.dah jadi. Cicahkan daging tadi dengan air asam begini!



ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala