pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Monday, July 12, 2010

PANGGILAN DURIAN OH DURIAN!!!....

bertemu kembali di hari Isnin ini.hari ni nak berceloteh sikit pasal makan durian.ke mana hujung minggu lepas?aku sekeluarga balik ke kampung. sejak hari Khamis lagi kakak iparku di kampung dah hantar kiriman sms; "salam.baliklah kg,durian dah gugur." emmm...kalau setakat nak makan durian,kat KL ni pun melambak.tapi bila kata durian kampung apatah lagi memang kita sendiri tahu kualiti isinya...alahai...meronta-ronta rasa di hati nak balik.

hari Sabtu,selepas Sakinah habis kelas Swatari dia,kami pun balik ke kampung.tak cakap pun dengan orang kampung aku nak balik.konon nak suprise lah tu. sampai je rumah kampung...alahai dah ada kakak ku yang sorang tu kat rumah.dia dah sampai tengahari tadi. masa aku tiba ni,dia kata;"dik, alang baru je kupas 2 biji makan.sodap dik.." ni je dah buat kecur aku.aku ni baru nak masuk rumah ni...memang sah!!! bukak pintu je aroma durian dah bau satu rumah.aku jenguk ke dapur...Ya Allah...syukur..punya banyak .abang aku dah siap longgok berbesen-besen.
apa lagi...operasi membelah dan makan!!!

pakwekulah yang jadi tukang belahnya.kat rumah ni abang dan kakak iparku dah tak nak makan lagi.kata orang;'dah jomu'.anak-anak diaorang ni pulak tak makan.hanya 2 orang yang makan.itu pun ada kat asrama pulak minggu ni.memang rugilah kalau budak kampung tak makan durian...hihihi...aku ni pulak"hantu".....memang rasa durian yang baru gugur ni tak sama dengan yang jual kat tepi jalan tu.ye lah.mereka tu peniaga.dah tentu durian yang diraih tu sudah berhari-hari lamanya.untuk tahan pulak,mereka letakkan 'ubat' @kabaid (tak salah aku sebutnya begini).sebab itu dah tak fresh lagi.tapi yang ini...alahai...memang..peh...

syukur,tahun ni pulak durian kat kampung aku menjadi betul.yang paling bestnya,anak kecik aku pun boleh tahan sama makannya! risau jugak kalau apa-apa.alhamdulillah.sihat.lepas makan aku beri dia minum air kat pangsa durian tu.ni petua orang tua-tualah untuk elak panas dalam badan bila dah lepas makan durian.


malam tu juga aku mengajak pakweku ke rumah mertua sekejap untuk bawakkan buah durian ni.mak mertuaku orang taman! mana ada pokok nak tanam.buah yang ada ni sama-samalah merasa.satu sifat durian aku ni,satu pokok dah mula gugur,yang lain pun turut sama.memang hari-hari akan luruh.orang lain punya belum pun mula gugur lagi.jadinya,kami makan dulu,kami jugak yang habis dulu nanti!

pagi semalam sebelum nak balik KL semula-berkejar nak hantar Sakinah ke kelas pukul 2.30 petang. sekali lagi projek 'pembersihan' dilakukan ke atas semua durian yang ada.pagi ni saja aku kutip di bawah pokok,dapat 12 biji!.kakak iparku suruh kami ni 'kasi selesai' semua durian ni.dia dah pening tengok banyak sangat.nak simpan dalam peti sejuk pun dah tak cukup ruang!.

kami sama-sama mengopek durian-durian ni dengan membuat beberapa pengasingan. ada yang baru tu-diasingkan untuk dibekukan untuk makan kemudian,mana yang sudah 'kureng' sikit tu,dibuang biji untuk simpan kalau-kalau nak buat bubur atau inti nanti.satu lagi untuk buat tempoyak.alahai...

akulah yang disuruh bawak balik banyak.kata diaorang-aku boleh buat macam-macam.emm...ni yang jadi aku pun pening jugak lepas ni nak buat benda makan campur durian je la pulak!

inilah kulit-kulit durian yang telah menjalani proses di atas.petua juga -kulit durian jangan dibakar,nanti buahnya tak berapa baik.sebaliknya buangkan pada pangkal pokok durian itu sendiri atau pada pangkal pokok yang lain.macam aku ni...pokok pisang dah berkulitkan buah durian.


ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala