pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Thursday, July 15, 2010

ROTI JALA bersama SERAWA DURIAN

apa menu minum petang hari ni?emmm...petang ni aku nak menjala pulak! nak buat roti jala dengan serawa durian.selagi stok durian tak habis lagi ni...selagi tulah beresepikan durian! alahai...hari ni pun cuaca mendung aje.macam sekejap lagi turunlah hujan nampaknya.baby tengah tidur,dapatlah aku menjala...tidak, SORRY....

oklah kita cerita pasal roti jala dulu...

BAHAN-BAHAN

tepung gandum
sebiji telur
pewarna kuning telur
sedikit garam
air secukupnya

1.satukan semua bahan di atas dan gaul sebati.pastikan adunan
tidak bergentel -tidak nanti susah nak menjala.paling mudah,kisarkan
semua dalam tempat pengisar.pastikan tidak ada perisa cili ye!

2.panaskan kuali leper,renjiskan sedikit minyak masak supaya tepung
tidak melekat.

3. kemudian,dengan menggunakan acuan roti jala-layangkan adunan
tepung tadi seperti nak menjala lagaknya.

4. setelah masak,boleh digulung atau dilipat tiga segi.dah pun siap
dimakan dengan serawa durian atau pun kuah kari.

SERAWA DURIAN

durian
gula merah dan sedikit gula pasir
air secukupnya-jika perlu
santan
daun pandan

1.masukkan semua bahan di atas dalam periuk.kacau sebati

2.kalau suka nak makan isi durian saja-masakkan hingga isinya
tertanggal daripada biji. kalau tidak,biarkan begitu sahaja.
masak sehingga mendidih dan bolehlah ditutup apinya.

dah pun siap!

ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala