pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Thursday, July 1, 2010

AYAM MASAK LOMAK CILI PADI REBUNG


Dah makan tengahari? Hari ni masak bergulai kita. Ayam masak lomak cili padi dengan rebung.Kali ni rebung yang diperamkan dah menjadi masam.aduh ...baunya sahaja dah mengoda.tangan pun masih bersisa baunya.tak semua orang suka tapi aku dan pakweku ini memang suka sangat.kalau makan di luar tu,bukan rebung yang kita dapat,tapi dah rasa buluh! Oklah ni bahan-bahannya:

BAHAN-BAHAN

Ayam
Bawang putih dan merah,halia, cili padi-dikisar
asam keping
Santan dan air secukupnya
daun limau purut
Garam secukup rasa
Rebung

1.masukkan bahan kisar ke dalam periuk. Masukkan juga ayam

2.masukkan sedikit air dan biarkan kedua bahan ini bercampur sebati

3.masukkan santan secukupnya,asam keping,daun limau purut dan garam
secukup rasa.

4.bila kuah dah mendidih,masukkan rebung tadi. Terlebih dulu rebung
tadi di celur seketika dan perah airnya@tapis airnya.

5. masaklah sehingga kuah pecah minyaknya dan bolehlah ditutup api
dan siap untuk dihidang!

ALAHAI...

*sedapnya makan bersama cencaluk macam ni...

cencaluk dibancuh dengan cili padi potong,bawang merah dan perahan limau kasturi.
memang terangkat!...aduh makan bertambah pulak!

ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala