pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Friday, July 9, 2010

SUAMI SENSITIF=ISTERI SENANG HATI

salam Jumaat semua.moga apa jua yang dilakukan hari ini mendapat kebaikan hendaknya.amin.

Opss...sekali baca tajuk tu macam rasa lain pulak kan? jangan salah faham, sensitif di sini bukan bermaksud yang negatif seperti suka merajuk,cepat terasa dan yang sewaktu dengannya tu.TETAPI sensitif di sini bermaksud kepekaan dan keprihatinan yang sekiranya ada pada lelaki yang bergelar suami,ia sangat menyenangkan hati para isteri.

Mengapa agaknya?sebab jika ada sensitif suami maka dia akan sendiri tahu apa yang kurang dalam rumah tu pada hari itu tanpa perlu diberitahu.misalnya;kenapa lauk macam tawar je,kenapa isteri yang hari-hari kepoh bercakap tapi hari ni sepatah ditanya,sepatah jua yang dijawabnya,kenapa anak yang banyak soal tetapi hari ni membisu seribu bahasa,kenapa kucingnya yang selalu berkejaran sana sini tapi hari ini bertindak baik sahaja dan bla...bla...

Adanya sensitiviti suami terhadap situasi-situasi begini dalam sesebuah keluarga bermakna suami itu berfungsi@bernyawa dalam berperanan sebagai suami dan bapa. Sudah tentulah isteri yang kat rumah tu merasa senang hati.

Sebagai orang yang 24 jam di rumah,sudah tentulah kita ni para isteri mahu suami kita ni sensitif pada kita. Tidaklah hanya tahu kerja...kerja ...di ofis semata.senang hati isteri bila ditanya tentang khabar kita pada hari tu,sedikit pujian tentang pakaian atau fesyen rambut atau sebagainya. Pernah aku terdengar dalam satu siaran Al Kuliyyah TV3,ada ustaz tu (nama lupa pulak) kata;suami-suami ni janganlah kedekut nak puji isteri,makan dah kenyang sampai sendawa berdegar-denar tapi bila ditanya isteri “sedap bang?” jawab suami, bolehlah...BOLEHLAH AJE? Inilah contoh suami yang tidak sensitif!!!! Alahai...

Kalau kes macam ni betul-betul buat hati isteri kecil hati,silap haribulan boleh gantung periuk esoknya.tiada langsung sensitif dalam memberi penghargaan kepada isteri.tapi yang peliknya di tempat kerja,tergila-gila nak perhargaan daripada majikan...emm....macam-macam ...,

Menurut artikel yang ku baca daripada tulisan Dr Hj Juanda Hj Jaya dalam Mingguan Wanita 18-24 Jun 2010, lelaki yang beriman kepada Allah ialah seorang yang LEMBUT kepada isterinya lebih daripada seekor arnab yang jinak. Iman akan melahirkan jiwa lelaki yang tidak mementingkan diri sendiri sebaliknya mengambil berat urusan rumahtanggga,menjaga dengan baik perasaan , emosi,fizikal dan mental isteri. LEMBUT bukan beerti mengalah bahkan sentiasa berada di hadapan isteri untuk membimbing isteri dalam melayari kehidupan rumahtangga.

Beliau juga mengutarakan beberapa langkah dalam membina sensitifnya suami dan isteri supaya masing-masing bertindak saling lengkap –melengkapi.antaranya:

1.Mengetahui dan menerima bahawa pasangan adalah amanah Allah

-sekiranya salah seorang pasangan gagal untuk beramanah kepada pasangannya maka ia akan terjebak dengan dosa yang lebih besar sehingga kehilangan iman dan Islam...(mintak dijaukan daripada kita semua)

2.Menerima pasangan kita sebagai bukti kasih sayang Allah

-kadang-kala konflik yang berlaku dalam rumahtangga adalah petunjuk bahawa Allah telah mencabut sedikit rahmatNya dari rumah kita, disebabkan kelalaian melaksanakan tugas masing-masing.sebaliknya jika masing-masing dalam keadaan baik,Allah akan menambahkan lagi rahmat dan saqinnah dalam rumahtangga tersebut. (inilah yang kita harap-harapkan...)

Menurut beliau lagi SATU yang penting ialah: kita harus sensitif dahulu dengan Allah barulah kita memiliki hati yang sensitif kepada pasangan kita.
Selepas ni ,marilah kita ‘cucuk’ sedikit suami kita kalau –kalau ada yang masih tak sensitif.

ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala