pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Friday, July 16, 2010

KETAHUI HARTA SEPENCARIAN:- HAK, TUNTUTAN DAN PENYELESAIAN


salam Jumaat semua.moga terus berada dalam keadaan yang sejahtera.sedikit perkongsian yang aku dengar daripada perbincangan Wanita Hari Ini siaran Khamis 8/7/10. juga rangkuman daripada kiriman seorang teman di facebook dan juga melalui buku yang sangat aku suka "BUATMU WANITA"- tulisan Suzana Ghazali. satu panduan dan peringatan untuk renungan dan tindakan kita bersama.moga bermanfaat hendaknya.

hidup berumahtangga ibarat satu pelayaran sebuah kapal.andai nakhodanya bijak mengatur perjalanan,maka akan berjayalah kapal itu sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat.jika sebaliknya,akan mudahlah dilanda badai kapal itu jika nakhodanya tidak bijak mengemudi kapal.

dalam rumahtangga,terdapat suami dan isteri bekerja.ada juga yang isterinya suri rumah tetapi masih bekerja juga ye! atau juga ada suami yang tidak bekerja...em...masing-masing ini perlu tahu hak masing-masing dalam rumahtangga khususnya persoalan tuntutan harta sepencarian.

Apakah definisi Harta Sepencarian?
• Dari istilah ‘sama-sama sepencarian’ iaitu amalan lazim masyarakat Melayu
dulu kala
o Tiada nas al-Quran atau al-Hadis
o Adat yang baik diterima menjadi undang-undang Islam

Dalam memberi pengertian ini,setiap negeri di Malaysia mempunyai pendefinisian
masing-masing.maka ia tertakluk di mana kita berada ketika sesuatu kes itu terjadi.

• Harta Sepencarian ditafsirkan dalam undang-undang keluarga Islam di negeri-negeri kecuali di Kelantan (dalam undang-undang Pentadbiran Mahkamah Syariah)
o Umumnya, terdapat sedikit perbezaan tafsiran meskipun tidak terdapat perbezaan dari segi amalan pembahagian.
o Di Johor, Melaka, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Terengganu dan Wilayah-wilayah Persekutuan, harta sepencarian ditafsirkan sebagai “harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak”.
o Sementara di Pahang dan Perak, ia ditafsirkan sebagai “pendapatan atau harta yang didapati daripada usaha bersama di antara suami dan isteri dan termasuklah pendapatan yang didapati daripada modal yang diperolehi daripada usaha mereka bersama”.
o Tetapi di Perak, tafsiran ini kemudiannya dipinda dengan mengambilkira “apa-apa bentuk sumbangan lain semasa perkahwinan” hampir sama sebagaimana di Selangor dan Negeri Sembilan.
o Di Selangor dan Negeri Sembilan, ia ditafsirkan sebagai “harta yang diperolehi bersama oleh suami isteri, sama ada secara langsung atau tidak langsung, semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut syarat-syarat yang ditentukan oleh Hukum Syarak”.
o Di Kelantan pula, ia ditafsirkan sebagai “harta yang diperoleh oleh suami isteri dari usaha modal bersama”.
o Begitupun di Kedah, harta Sepencarian tidak ditafsirkan sama ada dalam “Enakmen Keluarga Islam 1979” maupun dalam “Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1962

• Harta sepencarian bolehlah diertikan sebagai suatu harta sama ada harta alih atau tak alih yang diperolehi bersama oleh suami dan isteri hasil daripada usaha dan sumbangan bersama dalam tempoh perkahwinan mereka dan termasuklah juga nilai harta yang diperolehi sebelum mereka berkahwin (harta asal) yang telah dimajukan atau ditingkatkan nilainya dalam masa perkahwinan melalui hasil usaha bersama.

Apakah syarat bagi menjadikan suatu harta itu sebagai Harta Sepencarian?

• Harta diperolehi sepanjang tempoh perkahwinan
• Harta adalah sumbangan bersama kedua-dua pihak
o Samada sumbangan secara langsung atau tidak langsung
o Sumbangan perlu dibuktikan
• Bukan suatu amanah

Siapakah yang berhak menuntut Harta Sepencarian?

• Isteri (termasuk suri rumah)
o Termasuk yang diceraikan secara takliq, fasak atau khuluk
o Termasuk isteri yang disabitkan nusyuz
• Suami
o Sedikit sahaja kes

Berapakah jumlah tuntutan yang boleh dilakukan?

• Sama-sama bekerja
o Pembahagian hampir sama rata atau mengikut sumbangan
• Satu pihak bekerja (isteri suri rumah)
o 1/3 daripada jumlah harta
o Mengambil kira sumbangan memberikan kemudahan kepada pihak yang satu lagi untuk bekerja mengumpul harta

Bagaimanakah tuntutan Harta Sepencarian dilakukan?

• Mengemukakan permohonan di Mahkamah Syariah (Rendah dan Tinggi)
o Bergantung kepada jumlah tuntutan

Apakah masalah-masalah yang sering dihadapi ketika tuntutan?

• Pembuktian harta
o Dokumen bukti pembelian dan hak milik
- Harta tak alih: Melalui Perakuan Carian Rasmi di Pejabat Tanah berasaskan kepada Jadual 4 Kanun Tanah Negara atau Cabutan Hak Milik berasaskan Jadual 9 (Kaedah 42) Kanun Tanah Negara dan taksiran nilaian harta-harta yang dipertikaikan itu melalui penilai berdaftar atau taksiran dari Pejabat Tanah (Pembahagian Pesaka).
- Harta alih: Dokumen pembelian/ hak milik
- Wang simpanan: Penyata akaun bank
- KWSP: Wang tunai bukan harta sepencarian tetapi rumah yang dibina menggunakan wang KWSP termasuk kiraan sebagai harta sepencarian
- Saham: Dokumen berkaitan

• Pelupusan harta
o Permohonan dan kebenaran kaveat
- Mahkamah, boleh atas permohonan mana-mana pihak isteri atau suami (mengikut mana-mana yang berkenaan) membuat suatu perintah melarang daripada melupuskan apa-apa harta yang diperoleh dalam perkahwinan jika mana-mana prosiding hal ehwal suami isteri masih belum selesai atau dalam prosiding itu mahkamah boleh membuat suatu perintah berkenaan.
- Kegagalan pihak-pihak itu mematuhi perintah berkenaan boleh dikenakan hukuman sebagai suatu penghinaan kepada mahkamah

• Kes poligami : harta dipindah milik kepada isteri baru
• Perebutan sebagai harta pusaka - selesaikan tuntutan harta sepencarian dahulu

Apakah penyelesaian terbaik bagi memperolehi hak terhadap Harta Sepencarian?

• Menyimpan semua dokumen/salinan dokumen harta terkumpul
• Membuat pindah milik harta sejak awal belian (hibah)
• Membuat perjanjian pembahagian harta sejak awal belian

ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala