pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Sunday, July 11, 2010

UPSR, PMR ..APA KESUDAHANNYA?

hari ni nak bersembang sikit pasal isu pendidikan.mana-mana yang ada anak bersekolah...dah pergi sain buku rekod anak? aku pun dah sudah.alahai...sakit kepala dibuatnya.nampaknya target tersasar dari sepatutnya.macam bola pulak terlepas gawang gol!!! "Sakinah,lepas ni tak ada lagi nak happy hour banyak sangat lagi..." emmm...letih dibuatnya kalau hari-hari menyanyi kat dalam rumah ni.

setiap kali atau di mana sahaja pusat institusi pendidikan negara ini waima di tadika sendiri pun anak-anak kita didedahkan dengan peperiksaan. maka tidak peliklah oleh kita apabila budak yang berusia lima tahun sudah pandai bercakap mengenai peperiksaan mereka!

kenapa diadakan peperiksaan? kerana dengan peperiksaan,kita dapat menilai sejauhmana dan di manakah tahap kefahaman seorang murid itu terhadap apa yang dipelajari dan diajar.lantas,ia dilihat sebagai kayu pengukur kepada keupayaan murid itu memahami,mentafsir dan menjawab soalan-soalan yang diberikan.

persoalannya di sini ialah...apakah hanya dengan peperiksaan sahajakah murid itu dapat diklasifikasikan sebagai murid cemerlang?separa cemerlang atau tidak cemerlang langsung?

pendidikan di negara ini rata-rata dilihat berorientasikan peperiksaan semata sehingga membunuh daya kreativiti,daya kesukanan,daya berpersatuan dan sebagainya kepada seorang murid.

setiap kali menjelang peperiksaan,murid akan mula membuka buku untuk mengulangkaji.selepas peperiksaan...tiada lagi.jelasnya hanya musim peperiksaan sahaja.bagaimana kita mahu mewujudkan budaya membaca?

baru-baru ini,telah terkeluar cadangan untuk pemansuhan Ujian Peperiksaan Sekolah Rendah(UPSR) dan Penilaian Mengah Rendah(PMR). pelbagai reaksi dapat disoroti melalui paparan media massa.

pada saya, melihat dari perspektif sebagai ibu; pemansuhan tidak perlu.kita hanya perlu membuat sedikit rombakan atau pembaik pulih pada sistem yang sedia ada.inilah satu kelemahan nyata di negara kita, setiap kali apa yang sudah ada,jika kita tak berpuas hati,maka kita hapuskan.mengapa tidak,kita lihat dan kaji di mana kelemahannya yang mampu kita tangani supaya ia menjadi lebih cekap,lebih baik dan lebih berkesan!

hari ini,masih kedapatan lagi murid-murid di sekolah rendah yang tidak mampu menguasai asas pendidikan iaitu 3M-membaca,menulis dan mengira. belum lagi kita berbicara mengenai kemampuan menguasai Bahasa Inggeris dengan fasih! adakah semuanya sudah mahir dan fasih?

walaupun Bahasa Inggeris telah mula dipelajari semenjak dari tadika,kemudian dimantapkan lagi semasa di sekolah rendah selama enam tahun,kemudian di sekolah menengah selama lima tahun tetapi masih lagi tidak cekap.ini sepatutnya dilihat di mana silapnya bukan untuk kita memansuhkan sesuatu itu.adalah lebih baik bahasa itu sendiri dimantapkan,diberi nafas baru sepaya lebih segar dan menjadi minat kepada murid-murid untuk menguasainya!

begitu juga nasib UPSR DAN PMR.pemansuhannya bukanlah penamat cerita.sebaliknya kita perlu membuat satu transformasi yang menggabungkan peperiksaan yang bukan sahaja dinilai daripada atas kertas tetapi melihat kepada semua aspek falsafah pendidikan itu sendiri.falsafah pendidikan bermatlamat untuk melahirkan isan yang seimbang daripada segi jasmani,emosi, rohani,intelek,sosial.nah, inilah yang kita mahukan.

kita hanya melihat kecemerlangan seseorang murid itu dengan berapa banyak A yang mampu diperolehi.kita tidak melihat daripada kerangka sisi yang lain.maka itu lahirlah justifikasi kita bahawa murid itu cemerlang,murid itu pulak tidak bagus dan sebagainya.

ada di kalangan murid yang tidak bagus di atas kertas,tetapi berkebolehan dan sangat bagus dalam berpersatuan-komunikasi dan sosialnya.bagus di padang-ini juga penting dalam kesukanan di Malaysia yang semakin suram.

kalau murid itu sudah difokuskan untuk hanya menghadapi peperiksaan sebagai "nyawa" kehidupan maka akan matilah skil-skil lain yang ada pada murid itu kerana penumpuan pada yang satu itu. kita akan ketandusan pemimpin yang bagus seni oratornya, pemimpin berjiwa rakyat, kehilangan bakat-bakat besar dalam sains sukan dan sebagainya.

kebimbangan pada UPSR dan PMR yang hendak dimansuhkan itu kerana kita hanya berfikir seolah-olah kalau tiada penilaian,tiada siapa nak mengajar,murid pun tak perlu belajar dan ibu bapa pun boleh menarik nafas lega!

sebaliknya,minda kita semua kena berubah.meskipun peperiksaan tiada,penilaian terhadap semua aspek MASIH perlu dijalankan secara berterusan.bukanlah bermaksud kita semua sudah hilang motivasi dan murid-murid khususnya anak-anak kita pula hilang kawalan!

apa-apa pun,semuanya berbalik kepada kita ibu bapa sendiri.jika di sekolah berorintasikan peperiksaan,maka kitalah yang perlu mengambil alih tugas untuk memberi sedikit ruang untuk anak-anak kita menunjukkan bakat mereka terhadap apa yang mereka minati. misalnya: seni muzik, sukan dan permainan,seni halus dan segala apa sahaja cabang ilmu yang ada.

kita mahu generasi akan datang menepati falsafah pendidikan negara yang seterusnya akan memacu negara ini dengan corak dan acuan kita sendiri!

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala