pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Tuesday, December 14, 2010

MUZIUM POLIS-satu info yang bernilai

aku ingin sekali memberi 5 bintang kepada PDRM atas keberhasilan sebuah muzium yang aku rasa cukup memberi banyak info dan pengalaman!

kalau kalian ke Tasik Perdana, jangan lupa ke sini.tak dapat aku paparkan gambar-gambarnya di sini,biasalah kamera tidak dibenarkan.tapi bila dah masuk ke sini memang membuatkan diri teruja.paparan dari zaman sebelum merdeka,zaman penjajahan sehinggalah ke hari ini.segala yang dipaparkan bermula dari sejarah penubuhannya sehingga terkini,paparan cukup bermakna.segala yang dipaparkan sama ada bahan tulisan,objek,gambar,binaan,carta semuanya seakan hidup dan terus masuk ke dalam diri.kita boleh melihat sendiri senjata yang pernah digunakan oleh Chin Peng sewaktu menentang polis kita dulu.nak kenal bom? meriam? atau apa sahaja objek senjata,semua ada.senapang patah,senapang tak patah ada di sini.

di luar bangunan muzium pula,terdapat deretan kenderaan yang pernah digunakan oleh polis kita dulu seperti bot,kereta,jeep dan sebagainya.

ALAHAI...

INFO:
-masuk adalah percuma.
-pun sama tak dapat beli fridge magnet tapi aku dapat satu fridge magnet Rakan Cop.(oklah juga daripada tiada)

MASJID NEGARA-bukan untuk kita saja!


Masjid Negara satu lambang agama Islam yang dianuti.berdiri megah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur menjadikan ia satu lokasi yang patut dikunjungi selain daripada untuk menunaikan solat.menariknya,masjid ini bukan kita saja yang datang bahkan daripada pengunjung luar dan dari pelbagai lapisan agama.mereka boleh bergambar di ruang atas masjid dengan uniform yang disediakan kecuali ruang solat utama.untuk cenderamata? ada kedai yang menjualnya.aku ni,walaupun duduk KL tapi tetap nak mengumpul fridge magnet cap KL!

ha,satu lagi.mungkin ramai tak perasan,kat sini jugalah tempat makam pahlawan.menempatkan makan VVIP negara.antaranya Tun Razak,Tun Hussein Onn,Tun Ghafar Baba dan lainnya.ketika aku ke sini,proses pembaikkan masjid sedang giat dilakukan,jadi keadaan agak kurang selamat sikit kepada anak-anak yang suka berlari tu.kita yang dewasa nilah yang kena berjaga-jaga.

berhadapan dengan Masjid Negara,terletaknya Muzium Kesenian Islam.ia menjadi tempat terhimpunnya seni Islam sama ada dari tulisan,binaan mahupun rekaan.aku tak masuk ke sini memandangkan kesuntukan masa ketika itu apatah lagi tiket masuknya....

sekadar bergambar di luarnyadan berlari pantas ke kedai cenderamatanya di tingkat atas untuk membeli fridge magnet!Insya Allah satu hari pasti datang ke sini.

INFO:
-tiket masuk RM20 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak
-dibuka setiap hari jam 10 pagi hingga 6 petang
-pameran terkini: KESENIAN BATU PERMATA DARI INDIA

ALAHAI...

PLANETARIUM NEGARA...penat nak menapak

Planetarium Negara juga satu lokasi yang banyak memberi info.kalau di memorial tadi agak bosan untuk kanak-kanak tapi di sini sesuai untuk mereka.di sini,mereka boleh mencuba pelbagai permainan menguji minda dan kuiz berkaitan ilmu sains astrologi.contohnya mengenai planet,bintang,bulan dan sebagainya.

tak bestnya ialah dari parking kereta ke pintu masuk, kita kena menapak menyusuri anak tangga yang boleh kata, aduh lotih! tapi tak pe,lepas tu kita pekena aiskrimatau makanan ringan yang ada dijual di bawah tangga ni.maklumlah kan...nak pergi planet ni bukan senang! hihii...

banyak input yang kita dapat kat sini khususnyan mengenai aero angkasa.salah satu yang menarik,di tingkat atas ada disediakan binakular teleskop yang boleh nampak KLCC depan mata!selain itu kita boleh teropong satu KL!(GAMBAR:PEMANDANGAN DARI TINGKAT ATAS)
INFO:
-tiket:RM1 dewasa dan percuma kepada kanak-kanak
-untuk tayangan khas dikenakan bayaran (tak salah aku RM5??)
-tak ada kedai nak beli fridge magnet!

ALAHAI...

MEMORIAL TUN RAZAK

lokasi pertama kami di Tasik Perdana ialah lawatan ke memorial Tun Razak.sebuah kediaman yang pernah didiami oleh mantan PM kita yang juga merupakan ayahanda kepada PM sekarang.

memaparkan pandangan dari sudut profil diri dan keluarga,kerjaya,sumbangan dan segala anugerah dan hadiah yang diperolehi oleh beliau semasa bertugas.sayangnya semua bahan ini tidak dapat dirakamkan maklumlah syarat yang perlu dipatuhi.

anda perlu sendiri ke sini untuk mengenal dan melihat apa yang pernah dibuat oleh tokah ini untuk kemajuan kita rakyat Malaysia.sesekali membaca dan menilai bahan sejarah akan membuatkan kita sedar diri.

selain itu trurut memaparkan kegiatan oleh Toh Puan Rahah selaku isteri orang penting yang menjalankan tugas dan peranannya.semua ini akan terungkap dalam memorial yang mencakupi satu kawasan yang sangat luas.
INFO:
-masuk percuma
-tutup hari Isnin

ALAHAI...

Monday, December 13, 2010

AL RAWSHA RESTAURANT- lepas makan cakap Arablah...

sesuai dengan dua hari ni berjalan sekitar KL,kali ni edisi JJCM,aku nak promokan satu restaurant Arab yang memang banyak kat area KL ni tapi yang selalu disebut-sebut ialah deratan restaurant di Jalan Damai off Jalan Ampang.bangunan kedai ini lebih kepada banglo sebuah-sebuah yang telah diubahsuai kepada restaurant.

malam tadi,kami pun nak mencubanyalah.(GAMBAR: MENU DALAM ENGLISH DAN ARAB LAH...) suasana kat sini ingatnya ramailah pak Arab ke minah Arab ke tapi yang ramainya ialah muka-muka macam kita ni ha...alahaitapi, pelayan-pelayan kat sini memang yang berhidung mancung tu lah.sorry ye tak ada pelayan Arab perempuan atau tarian gelek Arab.ahaks....yang ada cuma lagu-lagu Arab!

makan? aduh, ni satu ingatanlah kalau nak order.jangan ghairah nak order saja.setiap satu portion hidangan boleh dimakan lebih dari seorang.(GAMBAR: NASI KAMBING MADGHUT)contohnya yang aku order ni, boleh dimakan sehingga 4-6 orang!siap boleh tapau bawak balik lagi. nampaknya pagi esok aku akan recycle nasi ni buat nasi goreng pulak!malam ni aku mencuba:
1.nasi kambing madghut (silap sebut maut bunyinya..hahaha) RM 46.00
2.Istanbul kebab RM 16.00
3.air buah- RM 8.00
4.2 air cool drink RM 8.00
5.Arabic tea RM 7.00 (boleh minum untuk 4 orang)
-----------------------------------------
total: RM 85.00
-----------------------------------------
(GAMBAR: JUICE ARAB) sesekali kalau nak ubah rasa tu apalah salahnya kan...tapi kalau selalu tu bahaya jugak.bahaya poket,bahaya kesihatan...adus.(GAMBAR:ARABIC TEA-ada daun pudina dan serbuk teh)
(GAMBAR:tak dapat pergi Istanbul,makanlah Istanbul kebab je...)kemudahan:
1. tempat mainan untuk kanak-kanak...mak bapak boleh la makan dengan sikit senang hati...(GAMBAR:ANTARA TEMPAT MAKAN)- bilik berhawa dingin(GAMBAR: TEMPAT MAKAN-duduk bersila)2.surau dan tandas
* parking di tepi-tepi jalan sahaja.

INFO:
AL RAWSHA RESTAURANT
NO 78,JALAN DAMAI OFF JALAN AMPANG
55000KUALA LUMPUR
TEL:03-21439151

yang kelakar dan memang kena ketuk sikitlah bila masa aku nak bayar kat cashier tu terdengar pulak lah suara sumbangsih bercakap Arab.aku toleh belakang la...satu kumpulan mamat Kelantan-berbahasa Arab telo negeri depa...habih rosak bahasa. depa ni konon bila dah makan makanan Arab ni dah terus boleh cakap Arab...lawaklah pulak!

*antara yang menarik-susunan manisan yang ada(GAMBAR:KEBAB)(GAMBAR:DINDING PINTU)
ALAHAI...

Sunday, December 12, 2010

KEMBUNG KUKUS PAKWEKU

tengahari ni aku nak keluar berjalan sekitar KL.malam ni tak balik rumah...hihii.. check in kat Brisdale Hotel dan check out esok.pakweku cutilah esok nampaknya.

sebelum nak keluar ni,kena isi perut dulu.pagi ni specialnya pakweku yang ke dapur.dia yang beli ikan,dia yang masak hari ni! aku tukang snap gambar pastu tukang rasa dulu.oklah tu...eh lupa, aku masak jugak nasi dan sayur! alahai...

kata dia,nama menu ni ikan kembung kukus nyonya.kalau makan kat KLCC faham-faham ajelah harganya.kembung kat pasar tak lah mahal sangat harganya kan...tapi bila dah masuk tempat macam tu...alamat naik taraflah dia!

ok, kita tengok bahan dia ye...

BAHAN-BAHANNYA;

1.ikan kembung yang sedang-sedang aje...
-dibersihkan dan siap dikelar-kelar.(jangan sampai kelar 18 pulak!)
2.bahan perapan -ni yang cepatlah. (guna pes Adabi ikan bakar)
3.aluminium foil
4.air kukusan

meh tengok cara pulak:

1.ikan kembung yang siap dkelar tadi diperapkan dengan bahan perapan tadi dalam 10-20 minit.2. ambil aluminium foil,
letakkan ikan tersebut dan lipatlah ia seperti di gambar di bawah ni.(pakwe aku ni lebih teliti sikit dari aku bab-bab ngini)3. panaskan air kukusan sehingga mendidih,kemudian susunkan ikan-ikan tadi.biarkan ia dalam 10-15 minit selepas itu, ikan tadi boleh dah dimakan!* sedapnya makan masa panas-panas ni.
* rasa? sedikit hampir sama dengan rasa asam pedas tetapi yang ini lebih cair
sedikit.
* bertambah sedap kalau dapat rasa air tangan orang lain pulak kan!

ALAHAI...

Saturday, December 11, 2010

20 PERKARA JANGAN!

salam hujung minggu.apa plan hari ni? hari ni Sakinah nak pergi tengok movie Rapunzel dengan kak cikku.petang nanti pulak baru acara beramai-ramai.siri JJCM lagi agaknya..hihiii...

entri kali ini aku ingin kongsikan daripada info yang aku dapat daripada rakan blogger juga.baik rasanya untuk kita ambil manfaat bersama.yelah tahun baru dah datang,maknanya umur pun bakal bertambah,jadi sama-sama kita ingat.

Sesungguhnya dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yang menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yang mendatangkan keburukan kepada kita. Dibawah ini terdapat 20 perkara. JANGAN yang seharusnya kita ambil ikhtibar. Tidak dapat dinafikan ada terdapat perkara-perkara yang terkena batang hidung saya sendiri. Tetapi sebagai umat ISLAM, kita harus saling ingat memperingati diantara satu sama lain. Semoga kita umat Islam akan terus mengungguli dunia InsyaALLAH.

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur lain cerita..*(nilah yang selalu aku buat...dah tanam azam tak nak buat lagi..mudah-mudahan aku berjaya)

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Takut kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.* mengundang semut lipas menjadi tetamu kat dapur.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi itu membuka pintu berkat)

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita di kongsi syaitan.

7. Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut kita mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11. Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita. Hilang bahagia.

14. Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16. Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

20. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita. ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaannya.

sumber:http://pezolstylez.blogspot.com

ALAHAI...

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala