entri yang ini aku dedikasikan untuk Swatari tempat anakku Sakinah mengenal asas tarian yang sekaligus membuat aku jatuh cinta untuk menghantar Sakinah belajar di sini apatah lagi tuan punya badan pun seronok nak belajar.
Swatari Pak Ngah Production terletak di Prima Setapak Bussiness Centre, Kuala Lumpur.
dikelolakan oleh Datuk Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) dan diasaskan oleh isterinya Datin Sharifah Mahani Syed Kassim atau mesranya Mak Ngah kini sudah berusia 10 tahun! malam penyampaian sijil asas tarian yang diadakan pada malam Sabtu lepas turut meraikan ulang tahun ke-10 penubuhannya!tujuan penubuhan Swatari adalah untuk menarik minat generasi masa kini mengenali lebih dekat mengenai kebudayaan seni tari Melayu melalui program pembelajaran asas tari joget, zapin dan inang.selain itu terdapat juga kelas makyong dan teater kepada yang berminat.(tarian makyong)
pada malam tersebut,Pak Ngah memperkenalkan 'anak angkat' Swatari iaitu kumpulan tarian yang disertai oleh rakyat Jepun yang berada di Malaysia. mereka ini terdiri daripada pekerja di sini, isteri-isteri kedutaan dan sebagainya.mereka berminat untuk mempelajari seni tarian Melayu kita. hasilnya, malam tersebut mereka telah mempersembahkan tarian 'asyik'.untuk Sakinah memang sebelum ini aku tercari-cari tempat untuk dia belajar menari.sebelum tu, dia ada belajar di kawasan rumah aku ni.tapi kelasnya seperti 'mati segan hidup tak mahu'. maka usaha mencari akhirnya berjumpalah aku dengan Swatari.dah lama sebenarnya nak menghantar Sakinah ke sini. selalu aku tengok dia macam suka menari.barulah awal tahun ini aku berkesempatan untuk menghantar Sakinah ke Swatari.
pendaftaran Swatari akan dibuka pada awal tahun dan selepas itu tiada lagi sesi pengambilan dibuat.hasilnya, aku cukup bangga dengan pencapaian Sakinah.sekarang, kalau dengar je muzik lagu-lagu asli ni,siaplah tangan dan kaki mula nak goyang. dia dah kenal yang mana zapin, inang atau pun joget!bukan bermaksud untuk menjadikan dia sebagai penari profesional tetapi aku rasa, kemahiran menari ni bukan semua orang ada.seseorang yang memang sudah "dianugerahkan" tu memang harus bersyukur memiliki bakat seperti ini.bagi yang tak ada tu-kena cari dan asah skil menari ni.untuk Sakinah, aku dan pakweku memang menggalakkan seni budaya ni untuk dia kuasai.yelahkan...kalau mak bapaknya tak pandai,biarlah anak-anaknya lebih baik sikit!
aku? bab menari ni...aduh...bukanlah seni aku.aku suka tengok orang menari tapi bakatku bukan di situ.zaman persekolahan dulu, aku lebih ke arah seni lakon dan seni pengucapan.menari ni...idok lah teman...mahu runtuh pentas nanti! hihii...tapi untuk Sakinah, aku rasa dia ada kemahiran menari ni.belajar di Swatari menambah dan mencantikkan lagi gerak tarinya.macam kata iklan Celcom-memang berbaloi-baloi!
selain tentutan ilmu buku yang sangat penting untuk hidup,kemahiran juga harus dititikberatkan apatah lagi dalam persaingan dunia sekarang.masing-masing berlumba untuk mencari apa sahaja bidang ilmu yang boleh dijadikan sumber kewangan untuk hidup.
aku juga mengatakan pada Sakinah yang dia boleh berteater di sekolah, boleh menari di Swatari,boleh beraikido TETAPI sekolah, solat, mengaji tetap keutamaan no 1.'mama akan kurangkan aktiviti ini atau langsung tak boleh nak joint kalau keutamaan no 1 itu menjadi tidak bagus'-itu adalah antara peringatan aku untuknya.setakat hari ini,syukur semuanya berjalan baik.
kepada semua guru di Swatari-terima kasih kerana ilmu anda.untuk cikgu Sakinah iaitu cikgu JUE dan INA;
(bersama cikgu Jue dan Ina) terima kasih atas penat lelah anda yang tak jemu-jemu dengan budak-budak ni.mungkin orang lain akan kata; " dah tugas dia,mestilah dia kena ajar yang bagus,TAPI bagi aku pulak,anda memang guru-guru yang komited. malu rasanya kalau nak 'cutikan Sakinah daripada kelas kerana kalian memang orang yang bersungguh dalam kerja kalian.
kepada Mak Ngah, terima kasih kerana melahirkan 'SWATARI' untuk anak-anak kami.tidaklah nanti anak-anak kami menjadi "buta" seni terhadap pusaka nenek moyang masing-masing.(Sakinah bersama Mak Ngah)
ALAHAI...
pihak penaja
DI SINI KITA BICARA
SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.
FOLLOWERS SAYA
LOVE
LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Tuesday, October 19, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2010
(238)
-
▼
October
(26)
- LEPAS GIAN...lepas semua..
- TAMATLAH SUDAH...
- MEMBER CARD JUSCO...poket bocor!!!
- IKAN TERUBUK MASAM ASAM PODEH
- ISLAM MENJADI PILIHAN
- EXAM-MAMA STRESS, ANAK?
- ANAKKU JADI MACGYVER
- DON'T LOOK WITH ONE EYE!!!
- RESTORAN TUPAI TUPAI...cukuplah sekali
- SWATARI-SATU PENGHARGAAN
- PENYAMPAIAN SIJIL SWATARI
- CERITA CERITI SAKINAH
- BAJET ,BAJET OH BAJET
- DUIT? PENTING...
- ADA ORANG NAK KASI AKU RM10K???
- SERANGAN B-D-S
- PENGAT PISANG WARISAN NENEK
- ANTARA KAMPUNG DAN BANDAR
- IKAN PATIN ASAM PEDAS
- PERKAHWINAN ANGKASAWAN =PERKAHWINAN ABAD INI??
- KERABU MANGGA MERTUAKU
- PUDING KARAMEL DAIRY CHAMP
- TUNTUTAN DAN TANGGUNGJAWAB
- BAYI MENYUSU BERSENDIRIAN-elakkan!!!
- AKTIVITI ANAK- bagaimana komitmen ibu bapa?
- TUDUNG AKHIR ZAMAN:-fesyen atau tuntutan?
-
▼
October
(26)
CINTA
LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
No comments:
Post a Comment