pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Monday, October 31, 2011

PERIKSA TERAKHIR SESI 2011 SEBELUM NAK CUTI

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

pagi ni hantar Sakinah sampai ke bilik darjah.hari ni,Sakinah menduduki peperiksaan PKSR 2 di sekolah agamanya.kalau hari exam,begitulah rutin CITH akan menghantar dia sampai ke depan pintu kelas.kalau biasa tu,drop aje kat pintu pagar sekolah lepas tu balik.inilah tanda sokongan moral yang CITH tunjukkan,moga ia menjadi semangat untuk dia.apa sahaja CITH buat untuk memberi dia sokongan dan semangat.selebihnya dia yang tentukan sendiri.

mengikut asal jadual,peperiksaan ni serentak dengan sekolah kebangsaan minggu lepas,tapi akhirnya ditunda ke minggu ini.lega pun lega lah sikit.maklumlah kalau serentak tu haru juga dibuatnya.yelah otak kena di'tune' sekejap ke rumi,sekejap ke jawi...

kalau macam ni,hadap satu perkara sahaja untuk diberikan penumpuan.mudah-mudahan yang telah diberikan keringganan ini menjana ingatan dan pemahaman yang baik.memang nampak semangat nak ke sekolah tu dah semakin "longlai"...hihi...penat katanya.apatah lagi buku teks pun dah nak kena pulangkan esok.tapi kata CITH; hadap yang satu ini sehingga tamat dan bersungguh-sungguh,habis exam ni ada manfaat yang menanti.(haha...projek jalan-jalan tak boleh beritahu awal,tidaknya asyik tanya dan tanya saja...)

tanyalah mana-mana mama sekalipun,pastinya nak yang terbaik buat anak-anak kan...tak kiralah besar atau kecik exam yang diduduki,perasaan itu tak mungkin hilang.keresahan dan gementar itu lebih dirasai oleh seorang mama berbanding anak.apa-apa pun selamat untuk semuanya.

ALAHAI...

3 comments:

  1. Good Luck utk Sakinah.Sekejap rasa dah nak habis tahun.

    ReplyDelete
  2. Salam Chempaka,

    Kak Ros pun dulu kalau anak nak ambik peperiksaan, Kak Ros yang risau lebihnya dari depa...

    ReplyDelete
  3. Kak nieda dan kak ros: terima kasih kak.memang itulah kan.sekejap je dah nak tutup sek.masa nk exam pun susah hati,time dapat result pun susah hati sama.macam2 lah kita ni kan.huhu..

    ReplyDelete

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala