Assalammualaikum semua pengunjung CITH...
minggu ni satu lagi buku baru yang CITH nak kongsikan dengan kalian.habis dah men'khatam'kannya hari ini.buku tulisan Prof.Dr Rozieta Shaary (pengikut tulisan beliau) yang berjudul AKU LAYAK BERJAYA!
buku berharga RM 39.90 ni bukan untuk orang yang nak exam baca,tapi mamanya yang kena baca.cece...mamanya nak dapat motivasi berjaya.hihi...
pada peringkat awal pembacaan,memang agak perlahan sedikit.flownya agak perlahan itu sampaikan CITH beberapa kali jugaklah berhenti baca dan sambung semula.baca time nak tidur memang terus jadi nak tidur dibuatnya.itu pada peringkat awal beberapa topiknya.TAPI...
setelah sampai di tengahnya hinggalah ke penghujung,keseronokkan untuk mengikuti terus bacaan ini baru terasa dan barulah dapat apa yang dikatakan AKU LAYAK BERJAYA itu! memang kenalah dengan judulnya itu,nak berjaya bukan senang.nak habiskan bacaan buku ni pun bukan senang juga, apatah lagi untuk menjayakan sesuatu yang besar.inilah pengorbanan dan peranan minda untuk berubah sama ada nak terus atau tidak.kalau orang yang cepat bosan mungkin akan berhenti setakat itu,tapi macam CITH cakap tadilah,nak berjaya bukan senang!
AKU LAYAK BERJAYA! sebuah buku yang memberi kesedaran untuk berubah menjadi seorang yang berjaya tak kira nak jadi jutawan,hartawan,dermawan,hatta yang duduk rumah ini boleh berjaya.berjaya dalam medium masing-masing.kejayaan itu sendiri terlalu abstrak untuk ditafsirkan.tiada kayu pengukur untuk mengatakan seseorang itu dah berjaya,atau belum berjaya atau tidak boleh berjaya.masing-masing mampu berjaya dalam skop dan signifikan masing-masing.
sebelum ini,kadang-kadang CITH sendiri meletakkan kejayaan itu dengan tanda aras seperti kereta besar,rumah besar,pakaian mewah,aset banyak dan sebagainya.rupa-rupanya ia lebih daripada itu semua!tiada KAYU PENGUKUR yang sebenarnya yang boleh diguna pakai untuk itu.kalau orang hidupnya kereta kecil,rumah kecil,makan pakai cukup,hidup tak berhutang-itu juga sudah dikira berjaya.berjaya mengelakkan diri daripada mangsa hutang piutang seperti orang lain yang hidup penuh dengan hutang yang kononnya kita lihat dia berjaya.
buku inilah yang memberi persepsi baru dalam menilai peranan diri untuk mencipta kejayaan!
" seseorang itu mencapai kejayaan apabila dia berjaya mencapai apa yang dihajatkan,diidamkan,diimpikan dan diusahakan.segalanya akan menambah nilai dalam hidupnya..." m/s 31-32
ALAHAI...
pihak penaja
DI SINI KITA BICARA
SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.
FOLLOWERS SAYA
LOVE
LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Wednesday, October 12, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Blog Archive
-
▼
2011
(462)
-
▼
October
(27)
- PENANGAN BAJU BIRU TAK DAPAT JADI PENGAWAS LAH MA...
- PERIKSA TERAKHIR SESI 2011 SEBELUM NAK CUTI
- KATA HATI MATI,KATA RASA BINASA HABIS TU?
- MERANCANG PERCUTIAAN UNTUK MASA TERDEKAT
- PENGHUJUNG TAHUN BAKAL BERLABUH..persediaan?
- MASA UNTUK EMAS,SEKARANG DAN AKAN DATANG
- DEEPAVALI RAYA SATU MALAYSIA
- IBUBAPA BIJAK ANAK MEWAH
- APABILA TUAN DAN SAMSUNG PUN SAKIT SAMA
- SELAMAT UNTUK ORANG BERDUA INI
- BERKUTU SATU LANGKAH DISPLIN UNTUK MENYIMPAN
- DOA MAMA UNTUK SEMUA YANG BERGELAR ANAK
- DIA BALIK JUGA DEMI ANAK
- SIAPA NAK BUAT KORBAN RAYA AIDILADHA
- AKU LAYAK BERJAYA!
- BILA DIA DAH BAWAK BALIK JADUAL...
- APABILA KETERUJAAN DAN KEGHAIRAHAN MENJADI LESU
- APABILA DITEGUR DENGAN AKAK
- PENDIDIKAN ANAK BERMULA DI RUMAH-MAMA STRESS?
- BAJET UNTUK KITA ORANG RUMAH
- BAJET NEGARA ESOK,BAJET KITA BAGAIMANA?
- ASB DIBUKA UNTUK BAWAH 12 TAHUN
- KERETAPI MEREMPUH DALAM RUMAH
- GARRAF CAMP,BAGHDAD IRAQ BUKAN UNTUK BERSENANG
- IRAQ ANTARA RUMAH AKU DAN RUMAH KAMU
- SWATARI 2011 MELABUHKAN TIRAINYA
- UNTUK SWATARI,DI NEETA'S HERBAL MELUKIS INAI DI TA...
-
▼
October
(27)
CINTA
LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
saya dah baca buku ni...bagus untuk membuka minda dan cara permikiran kita untuk lebih terbuka, positif dan cemerlang. Saya cadangkan CITH baca buku-buku :-
ReplyDelete1) Berani Gagal ( Dare to Fail )
2) Strategi Lautan Biru ( Blue Ocean Strategy )
3) Think and Grow Rich
4) Rich Dad Poor Dad
Kesemua buku-buku itu Bestselling, ramai orang di seluruh dunia terinspirasi denganny untuk berjaya.
nama-nama pengarang buku-buku itu ada juga disebut dalam buku AKU LAYAK BERJAYA !
Baca jangan tak baca...:)
terima kasih.setuju sgt2.rich dad poor dad tu mmg byk diperkatakan.dh mmg masuk dlm list pun.tu bajet buku bulan depan pulak.hihi...dh tegok di kinokuniya-koleksi buku Kiyosaki tu mmg banyak dn semuanya best seller kan.semua di atas akan sy msukkan dlm list sya.makasih byk.sma2 kita share ye.
ReplyDelete