pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Saturday, May 1, 2010

1HB MEI

selamat hari pekerja kepada semua... tak kira lah yg berkolar putih, berkolar biru atau juga yang tak berkolar warnanya. aku kira kita semua adalah pekerja. pekerja yang mencurahkan perkhidmatannya kepada majikan dan organisasi yang diwakilinya.

selalu orang akan mengaitkan bahawa yang bekerja itu mestilah ada pejabatnya, ada organisasinya, ada majikannya, ada pakaian seragamnya, ada punch card, ada epf, ada cukainya, dan segalam macam 'ada' barulah orang itu dikatakan "pekerja".

cuba lah kita luaskan kotak pandangan kita dengan melihat dengan lebih luas lagi tentang pendifinisian pekerja ini. tak kira makan gaji, atau bekerja sendir, masing-masing adalah pekerja kepada satu pihak yang lain dengan menawarkan perkhidmatan mereka.

isteri? berapa ramai agaknya para suami di luar sana sedar akan peranan dan sumbangannya kepada anda dan keluarga?... golongan ini yang mencurahkan masa dan baktinya juga merupakan pekerja yang tanpa disedari. tapi di sini bukanlah bermaksud isteri itu sebagai pekerja yang anda boleh arah itu dan ini, tenking dan terjah atau sebagai mana yang anda lakukan di pejabat. sebaliknya isteri adalah pekerja yang melakukan kerjanya dan khidmatnya dengan rasa rendah hati untuk mendapat keredhaan Allah di samping menyediakan suasana keluarga yang sempurna.

bayangkan kalau seorang isteri itu diserang sakit.. bagaimana keadaan rumah? bagaimana keadaan anda? bagaimana juga keadaan anak-anak? sudah tentu haru biru jawabnya. maka wajarlah sekali isteri ini mendapat sedikit "pelepasan" daripada melakukan kerja-kerja hariannya pada hari ini. biar anda pula (para suami) mengambil alih. bagaimana?

semoga kita sama-sama menghargai satu sama lain, majikan yang baik akan melahirkan pekerja yang baik dan suasana kerja yang positif. ALAHAI...

* tulisan ini bukanlah mengatakan isteri itu sebagai pekerja di rumah dalam konteks seperti pekerja di luar sana. harap jelas.

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala