pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Wednesday, May 26, 2010

APABILA PANGGILAN NYA DATANG

#catatan setelah 5 hari berlalu...

21/5/10- malam tadi sebaik sahaja mengambil Sakinah dr KUMON, kami makan malam di luar. Memang menjadi kebiasaan kami makn di luar pada hari-hari macam ni.
Mencuba di kedai yang baru, aduhai punyalah lamanya. Aku dah cakap kat pakweku; “namapaknya first nd the last lah datang sini. Payah nak rekomen kat orang!” tunggu punya tunggu sampaikan anak kecikku pun dah menangis, berhenti, menangis dan akhirnya zzzzzz

Tak sampai 50meter kereta kami nak sampai ke rumah, aku medapat penggilan daripada kakakku – “dik, mak dah takde...” innalillahi wainnal. ,ililah hirojiunn.... terpana seketika, bingung seketika , hilang kata-kata untuk diluahkan. Pakwe ku bertanya, anakku Sakinah bertanya kenapa....lemah aku menjawab...”Na, mama dah tak de mak lagi...nenek dah meninggal ....”

Terus aku menyiapkan keperluan anak kecikku sambil tangan tak tahu nak kemas yang macam mana. Tak pernah macam ni! Selalunya ku susun baju elok-elok tapi malam ni aku main sumbat jer.... Sakinah ku suruh kemas sendiri baju. “bawak baju kurung, tudung..itu jer yang mampu aku katakan. Entah aku tak tahu diriku... pakweku memahaminya- dia hanya menyuruh aku kemaskan baju-baju jer yang lain, dia buat.

Sampai di kampung jam 2.30 pg- mak sudah ditutupi kain di tengah rumah dengan sebahagian adik beradikku yang sudah berada di sisi.

Yakinlah bahawa apabila panggilanNya datang sedikit pun tidak lambat atau tercepatnya. Mak...rasanya baru sahaja 2 minggu lepas aku menaip luahanku sempena hari ibu dan hari ini sekali lagi aku menulis lagi. Mak....tapi kali ini jauh berbeza.

Pemergian mak adalah penghakhiran yang terbaik yang Allah tentukan. Setahun setengah mak diam kaku, menahan sakit yang hanya dia sahaja yang tahu, makan tidak, bercakap tidak, hanya memandang wajahnya yang lesu .

Syukur berbanyak syukur- pengurusan jenazah mak berjalan lancar. Pagi Sabtu- cuaca mendung disertai dengan hujan renyai-renyai seakan-akan bersama berkongsi kesedihan kami sekeluarga.

Syukur kepadaMu Ya Allah-kau permudahkan segalanya untuk mak. Anak kecilku yang sporting-tidur dan tak banyak ragam membolehkan aku memberi khidmat terakhirku buat mak. Aku mengajikan untuk mak, sayang tak mampu dikhatam, aku dapat memandikan jenazah mak, aku dapat mengkafankan mak seterusnya mengiringi langkah terakhir jenazah mak ke tempat persemadiannya.

Air mata yang ku tahan dari awal akhirnya gugur jua tanpa ku pinta! Sayu hati tatkala memandikan jenazah mak. Awal-awal lagi sudah kuberitahu kepada tetamu yang datang bahawa urusan mandi ini hanya untuk anak menantu dan cucu sahaja. Biarlah segala apa yang kami lihat, hanya kami yang simpan rahsianya. Ya Allah, kulit mak yang selama ini mengelupas kering, dah jadi licin macam kulit dia masa sihat dulu cuma lukanya sahaja yang masih belum baik.

Air mata ini gugur lagi tatkala membantu mengkafankan mak...ku insafi diri...moga insaf ini sentiasa ada dalam diriku...mak hanya membawa helain kain putih yang menyaluti badannya. Benarlah kata orang; duit berkoyan tapi bila mati kain putih yang harganya semeter rm3 itu sahaja yang menjadi pakaian kita.

Alangkah!!! Mak disempurnakan seolah-olah mahu mengerjakan sembahyang. Bak kata anakku Sakinah yang sentiasa ada di sisi; “ma, cantilah nenek. Nenek macam sihat jer.” Apa taknya, jenazah mak siap ditelekungkan,dicelakkan, dibedakkan dan keadaan ini sama seperti yang pernah kulihat sewaktu mak nak pergi menunaikan ibadat haji. Lengkap berpakaian telekungnya. Ketika ini memang air mata ini gugur lagi, dan lagi.... sehinggalah aku menjadi orang terkhir yang memberikan ciuman terakhir buat mak. TERAKHIR DALAM HIDUPKU.....

Ya Allah, aku tidak dapat ketemu mak lagi selepas ini....
Jenazah mak dibawa dengan van jenazah yang disediakan. Inilah perjalanan terkhir buat mak meninggalkan kami 8 beradik, tinggalkan rumahnya yang susah nak tinggal masa dulu-dulu... ku iringi mak ke tempat persemadiannya.

Kubur mak bersebelahan dengan kubur arwah abah. Moga mereka diketemukan di alam mereka kelak. Sekali lagi sebak ini datang, melihat jenazah dimasukkan ke liang lahad yang saiznya...subbahanAllah- keinsafan untuk kita yang berada di muka bumi ini yang mempunyai segala harta, rumah besar= semuanya tinggal!!!

....Hajah Nyonya; “ingatlah akan datang padamu dua orang malaikat – janganlah takut dan gentar. Jawablah dengan tenang soalannya; siapa tuhanmu, apakah kitabmu? Siapa saudaramu? Apa kiblatmu? Siapa ikutanmu?...” sebahagian bacaan talkin daripada imam bertugas yang juga merupakan satu peringatan kepada aku yang masih hidup ini.

Urusan pengkebumian mak selesai pada jam 11pagi. Al hamdulillah...semua selamat. Kini yang tinggal adalah kenangan yang terindah dalam hidup...Allah berikan aku 34 tahun untuk merasa hidup adanya seorang “MAK” dan hari ini Allah mengambilnya semula!

Tiba masa untuk aku pulak memberi sepenuh kasih sayang kepada pinjaman Allah yang ada padaku kini. Kata pakweku ;” awak bukan lagi anak yatim piatu tapi anak yatim kematu”... apa-apa pun aku kini sudah tidak ada keduanya.

Mak...ku titip doa dan fatihah selalu buat mu mak. Sama juga seperti yang aku lakukan untuk arwah abah..moga mak bahagia di sana dan berada di kalangan para soleh dan solihin. Anakmu ini tidaka akan sesekali lupa itu tentang itu mak! Moga pemergiaan mak ini memberi ruang silaturrahim yang lebih baik buat anak-anak mak yang tinggal ini mak. Amin.....

Ya Allah, kau berikan kebaikan kepada kedua orang ibu bapa ku, keampunkan kepada mereka, tempatkan mereka di kalangan orang yang Engkau kasihi Ya Allah...

2 comments:

  1. kak...takziah diucapkan...nangis zura baca cite akak ni...yerlah..tika emak ada...kdg2 kita alpa sebentar..bila tiadanya emak...kita teringat-ingat...zura masih lagi ada mak abah...alhamdulillah...sihat wpun ada jugak sakitnya...

    ReplyDelete
  2. t.kasih. gunakan masa yg ada ini utk bersama puaskan mereka. buat apa yg terbaik lah kan...kita tak tahu siapa yg pgi dulu..mmg kalau dah tk de keduanya,rasa satu kehilangan yg sangat besar. takkan ada lagi semua kenangan tu..

    ReplyDelete

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala