pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Tuesday, May 4, 2010

PERINTAH BERKURUNG??

pagi tadi aku mengikuti komentar dalam MHI mengenai arahan cadangan untuk melaksanakan perintah berkurung kepada anak-anak muda kita.

cadangan ini berikutan daripada kes kejadian seorang remaja yang ditembak mati oleh anggota polis baru-baru ini. aku, di sini bukanlah untuk memperbesarkan isu ini dan jauh sekali untuk turut terlibat sama dalm kerja-kerja kepolisan.

pandangan ini adalah pandangan peribadiku sebagai seorang rakyat Malaysia sekaligus suara kecilku sebagai seorang mama.

perintah berkurung ini bagiku amat wajar dilakukan terhadap generasi anak muda kita sekarang. kenapa? kerana anak-anak muda hari ini sudah tidak seperti anak -anak muda yang dulu yang terkawal akhlaknya. apabila bercakap mengenai akhlak, ia terangkum dalam persoalan budi bahasa, pertuturan, budaya hormat dan pelbagai sifat-sifat baik. tetapi kini? bagaimana?

ketika aku menaipkan artikelku ini, (pukul 3pg) masih kedegaran di belakang rumahku ini( lebuhraya DUKE) bunyi enjin motor yang memekik memecah keheningan pagi. siapakah mereka? kalau bukan golongan muda, siapa lagi?

tetapi perintah berkurung ini tidak akan berjaya sekiranya tiada pemantauan daripada ibu bapa sendiri. janganlah kita hanya meletakkan tugas-tugas itu kepada pihak berkuasa sahaja sedangkan kita ini siapa di mata mereka?

kita hanya pandai meletakkan tanggungjawab sosial tersebut kepada anggota keselamatan tetapi dalam masa yang sama kita tidak ambil tahu mengenai pergerakan anak-anak kita. kita tidak pernah mempersoalkan ke mana anak nak pergi, dengan siapa mereka berkawan, apakah sesuai masanya untuk mereka dikatakan perlu keluar untuk bersama rakan-rakan.

ya, betul. anak-anak perlukan ruang untuk bersama kawan-kawan mereka. aku setuju tentang itu. persoalannya? apakah pada pukul 12 malam ke atas? tidak adakah waktu lain yang sesuai? perlukah mereka diberikan kebenaran walhal ketika itu jam sudah menunjukkan ke angka 2 pagi? bagaimana?

maka itulah, pihak berkuasa perlu bertindak kepada golongan ini sekiranya pada waktu yang sepatutnya mereka berada di rumah, mereka berada di atas jalan raya, di warung-warung tepi jalan atau di tempat-tempat yang mencurigakan.

apakah kita tidak bersetuju dengan tindakan pihak berkuasa ini? sebagai warga Malaysia yang mencintai keamanan dan keselamatan, tidak berasa bimbangkah kita dengan peningkatan kes jenayah seperti kes pecah rumah, samun, bunuh dan sebagainya yang aduh... sedih kalau diikuti ceritanya daripada mangsa terbabit.

sekali lagi, cadangan ini bagiku adalah baik walaupun mungkin pada teorinya sahaja tetapi pada praktikalnya kita tidak pasti akan keberkesanannya. kejayaan ini bukan terletak pada satu entiti sahaja sebaliknya harus didokong dan disokong oleh semua pihak khususnya pemantauan aibu bapa, jiran tetangga, anggota masyarakat dan seumpamanya.

janganlah setiap kali berlaku kes seumpama ini, kita akan menyalak, apabila sudah lama, kita akan terdiam dan apabila sekali lagi berlaku, kita menyalak lagi... akhirnya ke mana? kita tidak dapat menyelesaikan apa-apa pun.

sekiranya perintah berkurung ini dilaksanakan, akulah insan yang sangat gembira dan sekalung tahniah kepada pihak-pihak tersebut. anda bagaimana? emmm?

ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala