pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Monday, May 3, 2010

MANJAKAN DIRI

dah penat di rumah dengan kerja-kerja rumah yang tiada noktahnya, dengan tugasan memantau persekolahan anak, dengan melayan karaneh bb, dan dengan segala hal... aduh hai... memang penat. mujurlah pakweku ini memahami dan ringan tulang gak orangnya, maka boleh jugak mengurangkan kepenatan aku di rumah.( macih...)

aku dan pakweku ini telah sama-sama bersetuju untuk aku perlu "mengambil cuti suku hari" daripada kerja-kerja di rumah. caranya? aku , setiap sebulan sekali mahu pelepasan untuk aku keluar ke spa bagi aku memanjakan diriku ini dengan mandian rempah, rawatan muka, urutan dan bla...bla. itu dah janji awal-awal dengan dia. dia pulak akan sebulan sekali akan turun ke laut memancing!- jadi kira oklah tu.. dia jaga budak-budak kejap kat rumah. hehehe...

pagi ni, aku ke spa D Hill- untuk membuat mandian rempah dan rawatan muka. tapi masa aku telefon Kak Rina(pemilik) untuk temujanji, aku hanya katakan nak mambuat mandian rempah aje.. jadinya rawatan muka tak dapat buat hari ni kerana slot masa tak cukup. emmm... minggu depan.

MANDIAN REMPAH

aku suka sangat buat mandian rempah ni. nak tahu kenapa? emmmm ...rasanya relax sekali,kulit badan rasa licin dan badan berbau wangi dengan rempah-rempah yang dibancuh. sebagai mama yang menyusukan bb, mandian rempah ni membantu aku memperbanyakkan air susu badan. (itulah niat awalku untuk menambah susu- untuk Hakimi sayang.


kali ni, rempah yang Kak Rina sediakan ialah rempah harum kencang badan. ( tak ambik pulak gambarnya). fuh! memang best sangat. 40 minit rasa sekejap jer dalam beg wap tu. panas? memanglah rasa panas dan peluh keluar menitik-nitik. masa ni, gosokkan badan kita, biarlah kekotoran keluar. bagi yang banyak tu.. memang nampak lah keluarnya daki-daki... ( kalau yang baru cuba lah)

selepas itu, seperti biasa, aku diberikan minuman teh bercampur madu dan cengkih. huh... sedapnya rasa... diikuti pula dengan mandi dengan berlulurkan rempah campuran cengkih, ...(lupa pulak... nanati tanya balik.) mandi ni ikut suka berapa lama yang nak. kita lulur dengan segala macam yang ada di bilik mandi yang disediakan.

bila selesai semuanya... memang terasa badan yang segar, kulit badan yang lembut dan bau-bauan rempah. memang sedap dan berbaloi-baloi dengan harga di spa ni yang murah-RM35. apalah salahnya, sesekali kita memanjakan dirikan? bila badan dah sihat, pastikan keluarga sihat kerana mama akan menjalankan tugas-tugas mama dengan lebih bersemangat.
ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala