pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Friday, May 7, 2010

ISTERI? siapa di mata Suami?

sudah menjadi 'badi' agaknya di Malaysia ini, bila berlaku sesuatu kes, ia akan berlanjutan dan bersangkut-paut ceritanya.

sebagai contoh; isu pembuangan bayi, berlaku satu kes, tak lama selepas itu kita akan dipaparkan satu lagi kes yang sama, dan satu lagi dan lagi...begitulah senarionya. cakaplah apa pun contohnya; sehinggakan kes terjumpa ular sawapun boleh berlanjutan/serentak berlakunya dalam seminggu dua itu. hairan bin ajaib!

tapi apa yang ingin kuulaskan di sini memang satu kes yang boleh dikatakan saban hari ada menghiasi dada-dada akhbar tempatan kita.

kes isteri didera suami, ah dengarnya seperti klise kan? memang klise tetapi ia tidak basi.

aku terpanggil untuk mengulas isu ini apabila terbaca dalam 2 hari kebelakangan ini berkenaan isu isteri dikhianati/didera oleh suami. dalam Harian Metro semalam, dilaporkan seorang isteri telah mengalami patah kaki setelah dipijak oleh suaminya dengan kasut but hingga cedera parah. kes berlaku di Kuala Lumpur

kes yang sama tapi tak serupa turut berlaku di Melaka apabila seorang isteri ditoreh kemaluannya oleh suami kononnya mendengar bisikan halus???

kes isteri disimbah asid oleh suami, dipukul dan pelbagai cara lain turut dialami oleh kaum isteri ini lantaran dek pelbagai sebab.

ada yang menyalahkan isteri itu sendiri yang dikatakan sengaja menyimbah minyak kepada api yang tengah marak. benarkah? kata orang tua; bila suami marah, isteri jangan menjawab, dan begitulah sebaliknya bila isteri dalam keadaan marah, suami pula hendaklah diam, persoalannya, apakah kalau dah berkali-kali tidak menjawab tetapi masih tetap menjadi mangsa kekasaran suami juga, apakah masih salah lagi di pihak isteri itu?

janganlah jika tak tahu menari, lantai pula disalahkan! marahkan nyamuk, kelambu dibakar!!! para suami... apa lagi yang mahumu?

entah di mana sebenarnya perasaan suami begini. ingain sahaja kuhalusi dan kurasai...perasaan hati mereka.

suami; di waktu malam isterimu kau hampiri,kononnya mahu meninta "hak", kau pujuk rayu mereka, kau cumbui mereka dengan kata-kata yang bisa melalaikan seketika isterimu tetapi aduh... kenapa apabila berlaku sedikit masalah, salah faham, sedikit pergeseran,kaki tangan kau berikan, sepak terajang kau layangkan, pukulan sudah tidak kenal belas kasihan...kenapa???

tidakkah itu dikatakan cinta yang pura-pura? sayang yang hanya dibibir? hakikatnya teman hidup dijadikan hamba nafsu amarah, hamba menunjukkan ego tak bertempat!

lupa agaknya para suami ini, setelah kau berikan benihmu pada rahim seorang isteri, siapakah yang 9 bulan mengusung pewarismu ke sana ke mari, menjaga makan minummu? menyiapkan kelengkapanmu? kemudian menyusukan pewarimu dengan susu badannya sendiri yang tidak ternilai harganya, menguruskan segala hal waima dari sebesar getah pemadam sekalipun terletak di pundak seorang isteri.

sayang juga suami ini mungkin terlupa atau buat-buat terlupa atau tidak tahu bahawa lahirnya dia ke bumi ini JUGA datangnya daripada rahim seorang perempuan iaitu ISTERI!

jadi mengapa kaum ini juga yang disakiti? konon nak menunjuk hebat? kuat? berkuasa?
semua itu hanya mereka yang cipta! hakikat sebenarnya mereka ini ingin menutup kekurangan yang ada dalam diri! itu semua hanya menggaburi mata-mata isteri yang lemah.

ayuh kaumku, isteri-isteri diluar sana atau sesiapa yang bercita-cita ingin bergelar isteri, status ini bukan mudah disandang! INGAT bukan mudah! tapi tak mustahil akan jadi mudah!!! perlu mempunyai ilmu, jangan dipermainkan,jauh sekali diperbodohkan atau dibuat sesuka hati waima seperti kain buruk sekalipun JANGAN!

kita telah diberikan sekolah oleh kedua ibu bapa kita dahulu, nah; kenapa harus membiarkan fizikal, emosi menjadi tempat sesuka hati mereka berbuat apa sahaja! siapa yang tak sayang suami? pasti sayang bukan? aku sendiri mengakuinya.Tetapi kalau dah satu badan menjadi mangsa apatah lagi turut melibatkan anak-anak- apakah kita masih rela sayang itu bertahta lagi?

fikir-fikirkan.... golongan suami di luar sana, hargailah isteri anda. isteri anda tidak meminta intan berlian, emas bergunung ganang (tetapi kalau mampu, silakan!)sekadar penghargaan dan penghormatan anda terhadap mereka!

jika anda memberi yang terbaik kepada isteri anda, PERCAYALAH isteri anda akan membalas yang lebih baik lagi kepada anda! dan YANG MAHA BERKUASA akan lagi melimpahkan yang lebih baik lagi kepada anda. siapa yang untung? andalah- PARA SUAMI...

ALAHAI...
* myoi muzha,.spaciba bhalshol. ti harasho

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala