pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Sunday, May 9, 2010

SALAM UNTUK SEORANG MAK

catatan ini bukan sempena hari ibu, tetapi dengan mengambil mood hari ibu ini,aku gagahi jari jemari ku ini untuk menekan papan kekunci ini bagi menurunkan kata-kata yang laju meluncur keluar ini.

seiring lajunya jari jemariku, selaju itu jugalah air mata ini keluar. entahlah? sukar untukku meluahkan...

salam untuk makku HAJAH NYOYA. suatu waktu dulu sering aku mendengar suaranya. seminggu sekali pasti aku bertanya khabarnya melaluI telefon, sebulan sekali pasti aku ziarahinya, ku hulur belanja membeli keperluan mana yang tiada.

suatu waktu dulu, selalu telinga ini mendengar leteran yang berulang-ulang,nasihat yang tak henti-henti,cerita yang tak pernah habis... tapi kini semua itu kenangan yang terindah dalam hidupku dan pastinya ia takkan berulang lagi!

makku kini bukan makku yang dulu, kalau dulu kudrat makku mampu mengangkat kayu pagar, mampu mengandar 2 tong susu getah tetapi kini makku hanya mampu terbaring lesu dek kerana keuzuran yang teramat sangat.

Ya Allah, berikanlah apa yang terbaik kepada emak kami Ya Allah. tak tahan rasanya untuk melihat apa yang ditanggung oleh mak dewasa ini. mak hanya mampu minum susu yang disalurkan tiup ke hidungnya, mak tak mampu lagi untuk bercakap, apatah lagi untuk bangun!Ya Allah, luka mak semakin banyak Ya Allah, kulit mak semakin nipis dan kendur...pandangan mak sudah tidak tepat seperti dahulu, ingatan mak seakan tidak pasti.

ku seru nama mak, ku katakan; 'mak, ni adik ni. adik balik mak. ni sakinah, hakimi mak..." renungan mak ku lihat kosong! panggilanku tidak dianggukkan, senyuman tidak lagi terukir di bibir.! mak seperti berada dalam dunianya sendiri.

kalau dulu, walaupun kepulanganku ketika dia sudah tidur tetapi pabila ku panggilnya; 'assalammualaikum mak, ni adik balik ni..' pasti dia akan menyahut; 'ya'
tapi kini tak lagi...

kalau dulu bila nak balik pastinya satu pesan yang ku paling ingat,(dari zaman belajar lagi sampailah sebelum dia tak boleh berkata-kata)" sampai kang, tepon mak" jadinya bila aku dah sampai sahaja di universiti atau di rumah pastinya aku akan menelefon mak untuk memberitahu yang aku dah selamat sampai. itu dulu...

kini, mak tak mapu nak pesan apa-apa lagi. sebaliknya sebelum dia seuzur ini aku yang selalu beri pesan kat dia, sampaikan bila aku nak cakap jer... dia dah jawab dulu. memang aku seorang yang tak pandai nak bodek-bodek mak. mak, memang ada penyakit 3 sekawan dan kini bertambah lagi. aku akan menasihati mak utamanya dalam soal makan. memang aku kuat kontrol dia pasal tulah aku tak pernah sekali pun mendapat kredit mahupun cemerlang dalam bab masak-memasak ni di mata mak.

sebabnya? setiap kali aku memamasak, menu mak berlainan. LAUK MAK TAWAR-KURANG GARAM, TAK PEKAT-KURANG SANTAN, AIR MAK TAWAR-KURANG GULA dan semua yang tak sedap itu adalah air tanganku!

bagiku, mak tak perlu nak makan sedap sebaliknya perlu makan yang sihat... tapi sayang mak tak faham.. aku bukan pilihan mak. ada kakakku yang menepati seleranya. entah lah...

tapi kini...mak hanya mampu menerima air susu semata. berdosakah aku? kerana dulu aku tidak menepati seleranya? mak...ampuni anakmu ini.

Ya ALLAH, padaMu kuserahkan urusan ini, moga yang terbaik Kau berikan...

kini, aku menumpang kasih kepada ibu mertuaku Hajah Timah. kuanggap dia seperti ibuku sendiri walaupun aku hanyalah penumpang.kadang-kadang perasaan cemburu menjelma di hati dek kerana bersaing dengan ipar-ipar yang lain.Ya Allah cepat-cepat ku insafi diri ini. mengapa mesti cemburu?? semuanya hanya pinjaman semata. kasih dan sayang bukan pura-pura untuk meraih perhatian.. TIDAK....ITU BUKAN AKU...AKU JUJUR MENYANYANGI MERTUAKU seperti kasih suamiku pada kami semua. Ya ALLAH. bersihkan hatiku ini...

buat makku, kutitip doa selalu agar yang terbaik diberikan Allah padamu. ampuni ankmu ini.
buat mertuaku, aku ini hanya orang baru yang singgah di hatimu untuk menumpang kasih mu mak. izinkanlah persinggahanku ini...

ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala