pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Monday, May 10, 2010

AGAR-AGAR CENDOL MELAKO


pencuci mulut ni aku buat untuk bawak ke rumah kakakku di Bangi. sebagai buah tangan untuk meraikan majlis pertunangan anak buahku Syahirah. masa nak buat ni jugak aku 'berperang' dengan anakku sekecik ni sebab dia suka sangat nak datang dapur...alahai..okeylah ni bahan-bahan dia;

BAHAN-BAHAN
(A)
500 ml santan
125 g gula pasir
5g serbuk agar-agar.

2 cwn cendol

(B)
250 g gula melaka
1 liter santan
10 g serbuk agar-agar

1. bahan A- masakkan gula pasir dan santan hingga larut
2.masukkan agar-agar dan masak hingga mendidih dan masukkan cendol.
kacau rata dan angkat untuk disejukkan dalam acuan
3.bahan B- masak gula melaka dengan santan hingga larut.
4.masukkan agar-agar, dan masak hingga mendidih dan tutup api
5.apabila bahan A sudah separuh keras, boleh lah dimasukkan bahan B tadi
dan biarkan hingga keras dan bolehlah dipotong dan dihidangkan.

ALAHAI...

2 comments:

  1. assalamuaalikum..ooww senang je nak buat kan..cuma rajin malas je hikhik

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam... setuju tu, klu rajin, semua jadik..hehehe .tk susah, sekejap jer klu nak buat.

    ReplyDelete

Blog Archive

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala