pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Friday, December 31, 2010

DINOS ALIVE DI PUSAT SAINS!

semalam pakwe cuti.yelah dah hujung-hujung tahun ni mana-mana cuti yang masih berbaki baiklah ambikkan,bukan boleh simpan banyak pun.jadinya petang semalam kami ke Pusat Sains Negara melihat pameran DINOS ALIVE!

area tempat ni baru 1st time masuk jadinya adalah syikit blurrnya...kenalah bertol-tol kena bayar! tak pelah janji sampai juga ke lokasi yang dihajati.

fuh,memang rasanya bertuah sangatlah kita tak hidup zaman dinasour dulu.apa taknya Ya Allah besar-besar depa ni semua!kalau setakat kita ni,alah memang jadi ulam diorang lah gamaknya.hihii...selamat..

pameran yang berlangsung dari 1/12 yang lepas akan berakhir pada 31/5/11.memang rasanya tak rugi bawak anak-anak ke sini.semalam pun memang ramai yang datang bersama famili.ingatnya pakwe aku je yang tak kerja rupanya...ramai!parking penuhlah.dari atas bukit bawaklah sampai ke tepi jalan.penuh.

apa menarik? kalau dah kata pergi pameran dinasour dah tentu tengok dinasour kan,takkan tengok burung pulak!memang teruja di sini.
dengarlah rengusan,bunyi tapak kaki dinos berjalan...rasa macam real!

selain tengok dinasour,ada lain lagi yang ada di sini.banyak info sains yang kedapatan dan juga eksperimen/permainan yang boleh dicuba oleh pengunjung.sampaikan kecik aku pun sibuk juga nak buat macam mana yang kakak dia buat!(tertonggeng nak buat)(antara eksperimen sains yang dibuat oleh staff PS,yang boleh disertai oleh pengunjung))*memang berfaedah ke sini.tapi pastikan datang tu memang ke sini sahaja matlamatnya. sebab?terlalu banyak perkara yang kita nak baca,nak try dan nak tengok! takut tak cukup masa.

INFO:
-PUSAT SAINS NEGARA
BUKIT KIARA KL.
-tiket masuk: RM10 untuk dewasa
RM5 untuk kanak-kanak.

ALAHAI...

FAMILI GATHERING

penutup tirai siri bercuti 2010 ialah famili gathering bersama ipar duai,adik beradik dan anak-anak buah.lokasinya di Sukida Resort Semenyih pada 25-26/12 yang lepas.kenapa tempat ni lagi? sebab pakejnya.ada chalet,boleh masak sendiri,ada air terjun,dan yang paling penting....KOLAM MANCING!

kali ni kami menyewa 2 chalet bertingkat-(RM 100 untuk satu chalet) satu untuk famili sebelah pakweku dan satu lagi untuk sebelah aku pulak.(dalam chalet)meriah memang meriah.best sangat.tapi sedikit hilang seronok bila hujan.al maklum sahajalah kan ke sekarang musim hujan...jadi nak buek cam no? plan tetap on!

memancing bukan sekadar suka-suka tapi ada pertandingan.setiap famili @individu kena bawak satu hadiah paling minimum RM20 lebih lagi bagus...kategori yang dipertandingkan-ikan TERPANCANG! haha bukan ikan terberat macam selalu tu...sebab apa tau? sebab pihak penaja(pakweku) lupa pulak nak bawak dacing timbang.jadi,terpaksa ukur panjang ikan sahajalah!kategori ikan hanya ada 3-ikan pacu,ikan patin dan satu lagi ikan specis campur(talapia,betutu,baung...).setiap kategori hanya ada 3 pemenang sahaja...macam real tau!(syarat pertandingan yang ditetapkan oleh pihak penaja dan perlantikan juri yang diiktiraf-Kakcik)(hadiah memang banyak)pertandingan bermula pada petang tu pukul 5 dan akan berakhir pada esok hari jam 11 pagi.(cara ukur panjang ikan)malam tu pulak,walaupun hujan tapi program bbq tetap berjalan.bakar apa? ikan,ayam,daging kambing...makan sesuka hati yang mampu.kebetulan sambut pulak birthday anak buah sebelah pakweku yang 5 tahun. apa lagi,makanan memang tak larat nak makan...sampai simpan untuk sarapan pagi esoknya.esoknya pulak,selain acara makan lagi...aduhai..ada pulak acara sukaneka untuk kanak-kanak.memancing masih dibuka lagi sehingga pukul 11 pagi baru ditutup. acara budak-budak pagi tu-tiup belon sampai pecah,makan jeli sampai habis,cari gula-gula dalam tepung dan untuk baby-baby macam Hakimi dan 2 orang sepupu dia lagi tu,acara berlari cari mama masing-masing! memang lawak dan kelakar habis!acara berpasangan pulak-passing belon berair.siapa belon yang tak pecah dikira menang.acara ni aku dan Sakinah menang! hihii... ikan pertama yang berjaya dinaikkan oleh adik iparku-Mamat.Patin sepanjang 16 knot simpulan tali9cara kita orang ukur!).semua ikan tidak diambil sekadar suka-suka pancing lepas tu dilepaskan semula.masa yang ditunggu-tunggu pun dah tiba dengan pengumuman pemenang setiap kategori.nilah wajah-wajah yang menang.(remaja)(no 3)(no 2)(juara)

ANTARA MENARIK: acara masak dan makan...ni tak bertanding!keseluruhannya,semua balik dapat hadiah.tak kira besar kecik yang penting happy dan dapat kumpul ramai-ramai.tu lah motif sebenarnya.

Insya Allah,akan dibuat lagi acara seumpama ini di lokasi berlainan,hadiah mungkin lagi besar! hihii...

ALAHAI...

Thursday, December 30, 2010

IKAN BAKAR MUARA SG DUYONG (3)

entri yg terakhir pasal Melaka.kali ni aku nak promot satu lagi destinasi makan di Melaka.malam tu kami makan ikan.tak berapa jauh dari hotel tapi kena naik kereta,memang tak bolehlah nak jalan kaki!

bukan setakat menghidangkan ikan bakar semata,bahkan ada juga menu lain yang disediakan.menariknya,di sini juga ada chalet-chalet yang boleh disewa dengan kadar harga RM80-100! (kira makan dan tidur sekali lah ni!)

malam tu,dinner yang cukup ringkas tapi mengenyangkan apatah lagi Hakimi malam tu memang sporting habis-tidur sepanjang kami makan.dapatlah aku dan pakweku makan dengan slownya kalau tidak,kami makan macam nak pergi perang-kena take turn jaga Hakimi! nilah gara-gara berendam kat pool petang tadi!
menu?
sup ketam - seekor untuk Sakinah = RM10.50
1kg kupang goreng cili = RM10.00
1 ekor jenahak bakar = RM32.30
nasi lemak+sambal untuk 3 orang makan =RM 5.40
minuman = RM4.30
=======================================================
TOTAL: RM 62.50
=======================================================
habis daa...kata pakweku; boleh datang lagi!lokasi:
RESTORAN IKAN BAKAR ANJUNG MUARA
MUARA SG DUYONG
75460 MELAKA
012-2535083.

ALAHAI...

HOTEL MAHKOTA -SESUAI UNTUK FAMILI (2)

percutian di Melaka kali ni kami menginap di Mahkota Hotel Melaka yang terletak no 16Jalan Syed Abdul Aziz.dulunya inilah bangunan yang terakhir di belakang laut,tapi baru ni yang aku pergi,rupanya ada lagi,ada lagi bangunan yang menghala ke laut!betapa berkembang pesatnya pembangunan di Melaka sekarang!sesuai sangatlah dengan gelaran yang baru dimiliki-Melaka maju 2010.

Hotel Mahkota merupakan hotel berkonsepkan apartment.jadi bila ke sini rasa macam masuk ke rumah sendiri!sesuai untuk yang famili macam aku ni.kemudahan dapur ada disediakan tapi tidak dibenarkan untuk memasak.bilik pulak,ada 2 bilik,3 bilik dan 1 bilik.untuk aku sefamili,cukuplah 1 bilik dah memadai.ada bilik yang mengadap ke laut,swimming pool dan juga ke tengah bandar.untuk aku,balkoni kami mengadap ke lautuntuk budak-budak pulak,apa lagi kalau tidak swimming pool kan! ada dua swimming pool di sini,pilih mana suka!aku je yang tak puas nak mandi,yelah time turun pool,pakwe aku tidur kat bilik(penat drive kan! hihi...)jadinya aku ni kenalah jaga-jaga Sakinah dan dalam masa bawak Hakimi berendam.sampai tidur-tidur dia-penat main air!parking? ni masalah sikit.kalau dah masuk,tak boleh keluar lagi sebab apa tau? sebab bila keluar je,alamat parking tu payah lah.mungkin masa aku datang tu,musim cuti sekolah jadinya parking kat sini semua penuh,bermakna bilik pun penuh.

kafe? untuk sarapan memang puashati.makanlah selagi terdaya dek perut.hari tu untu Sakinah aku bayar dia RM15 sebab bilik hanya provide 2 sarapan sahaja.tak pelah kira berbaloi jugak sebab dia makan! hihii..

oklah,kepada yang tercari-cari kat mana nak menginap kalau ke Melaka,aku cadangkan di sini.hotel ni betul-betul di center of the town!(Banda Hilir).kalau kaki larat,boleh jalan saja di sekitarnya.semuanya dekat area ni sahaja.

ALAHAI...

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala