pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
There was an error in this gadget

Tuesday, August 2, 2011

TIADA OKSIGEN DI HARI PERTAMA DI PASAR RAMADAN (PARAM)

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

bercerita juadah berbuka semalam,ada yang pergi ke PARAM atau masak saja di rumah?CITH semalam pergilah ke PARAM dalam pukul 6 petang.mak aiii...punyalah ramai manusia!sampaikan tak nampaklah apa yang orang jual.macam mana nak nampak kepala orang saja.pulak tu...jem jangan cakap.bukan jem kereta tapi jem dihimpit manusia!pergi tu bukan apa,nilah menunaikan permintaan orang berpuasa nak makan tepung pelita.emmm...hampa.dah tu tak nampak apa,macam mana nak membelinya.punyalah sesak dengan orang.CITH rasa jual apa je kat PARAM ni memang sure abislah waima kalau cekodok durian sekarang ni pun CITH rasa memang laku.dapat-dapat tu masa panas-panas kan,lepas tu cucuk dengan lidi sate.sure laku tu...bau dia je dah menyinga! hihi...

ada tak adanya semalam CITH belilah roti john.tak ada kuih apa pulak nak dikunyel-kunyel kan...harga? RM3.50.tak tahulah di tempat kalian harganya bagaimana.

hari ni pulak,CITH rasa nak pergi ke PARAM tu awal dalam pukul 3 petang nanti...hihi...macam nak makan cepat pulak ye!bukan apa,tak nak dah CITH tempoh keadaan macam semalam...tak ada oksigen dibuatnya..ooo

ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

There was an error in this gadget
There was an error in this gadget

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali

lalala