pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Monday, August 8, 2011

YINGLUCK SHINAWATRA LAKAR SEJARAH PERDANA MENTERI WANITA PERTAMA THAILAND

Assalammualaikum semua pengunjung CITH...

wah,pagi ni kita bicara pasal tokoh politik pulak.apa taknya,sebagai wanita tumpang bangga CITH atas perlantikan adik kepada bekas Perdana Menteri Thailand iaitu YINGLUCK SHINAWTRA atas perlantikan beliau hari ini sebagai Perdana Menteri Thai.(foto oleh:GOOGLE.COM)

perlantikan yang julung-julung kalinya mengiktiraf wanita sebagai Perdana Menteri ini dilihat ada pro dan kontranya.maklumlah bila sebut Thailand,kita semua sedia maklum bagaimana iklim politik di negaranya.agama dan politik di sana sering kali berbalah dan sukar untuk mencapai persepakatan apatah lagi politik yang penuh warna warni!dengan berbekalkan 296 undi daripada ahli parlimen,Yingluck akan menerima mandat untuk mentadbir Thailand hari ini dengan pelbagai risiko dan cabaran.

apa pun dengan namanya yang ada LUCK' di belakang itu,diharapkan beliau memang ada luck@bernasib baik untuk membawa Thailand lebih demokrasi dan yang paling penting nasib dan hidup rakyat minoriti Islam di selatan Thai.mereka sudah lama didiskrimanasikan atas faktor agama dan politik! sedikit sebanyak yang berlaku di sana memberi impak juga kepada kita di sini.

CITH:sebaik bagaimana pun wanita itu menjadi pemimpin tetapi LELAKI juga pemimpin yang utama.tetapi adalah lebih baik jika adanya titik pertemuan di antara lelaki dan wanita itu.Malaysia?sediakah kita menerima wanita sebagai PM?

ALAHAI...

No comments:

Post a Comment

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala