pihak penaja

DI SINI KITA BICARA

SELAMAT DATANG KE CITH. AKU HANYA ORANG BIASA.MENULIS SEKADAR BIASA-BIASA.LUAHAN SUARA DARI DAPUR SEORANG SURI, CETUSAN DARI HATI, PANDANGAN DARI MATA UNTUK DIARI SEHARIANKU.

FOLLOWERS SAYA

LOVE

LOVE: THE MOST POWERFUL ENERGY
Powered By Blogger

Monday, August 22, 2011

BERAYA DI KG ANTARA SEMASA DAN TIADA MAK AYAH

Assalammulaikum semua pengunjung CITH...

lagi seminggu Ramadan bakal melabuhkan tirainya dan Syawal bakal menjelang tiba.CITH percaya,cuti di hujung minggu lepas pastinya masing-masing sibuk membuat persiapan terakhir tak kira lah persiapan rohani mahu pun materialnya.

bercakap nak raya,CITH tadi baru bertukar-tukar cerita dengan seorang sahabat.dia dan CITH sama juga,sudah tiada mak dan ayah.hari raya seakan tiada ertinya.nak balik kampung juga tiada relevannya.yelah,hanya rumah tua dan kosong saja yang ada.adik beradik semuanya sudah 'terbang merantau'.jadinya persoalan nak balik raya di kampung seakan tidak menjadi penting lagi baginya.

"penat Su,bila balik nak kemas rumah,nak beli barang dapur lagi untuk masak lepas tu bila nak balik KL semula,kena kemas semua barang-barang rumah dan simpan balik.entah berapa lama pulak nanti kitaorang balik semula" kata kawan CITH.

memang CITH akui,rumah kampung bila tidak bertuan,serinya akan hilang.cepat nampak hambar, hilang cerianya.tapi bila ada penghuninya barulah keceriaan itu jelas tergambar walaupun hanya sebuah rumah kampung yang tua.

dalam diam,CITH turut terasa keadaan yang sama pada diri ini...huhu...sedihnya.mula-mula abah tiada.kami adik beradik tetap balik ke kampung membawa mak beraya di rumahnya.keadaan ini tetap berlangsung meski pun makin lama,kesihatan mak tidak mengizinkan,hari raya tetap adik beradik semua balik.

kini? dah 2 tahun kami semua menjadi anak yatim piatu tua.kehambaran,kekosongan, ketidakpedulikan dan ketidakpentingan mula menyinggah dalam hati masing-masing untuk meraikan hari raya di rumah kampung.entahlah...walaupun sudah dikhabarkan awal-awal bahawa setiap raya kedua,adik beradik hendaklah berkumpul di rumah kampung tetapi nampaknya respon tidak memberangsangkan!jauh di sudut hati ini merasa sangat kecil hati dengan mereka yang pentingkan diri sendiri.peluang untuk meraikan dan bertemu semua adik beradik,anak buah saudara semakin jauh dan jauh....

CITH:saban hari menitipkan doa pada DIA agar silaturrahim antara kami tidak terputus.memang terasa sangat lain bila hari raya itu tiada insan yang bernama MAK dan ABAH.kepada yang punya mak dan ayah,berbahagia dan raikanlah hari raya dengan penuh kegembiraan bersama mereka kerana tanpa mereka kelak,berhari raya sudah hilang serinya.

ALAHAI...

2 comments:

  1. ko masih beruntung sbb ada adik beradik lain.. kakchik dan kaklang ko tiap2 minggu berbuka bersama...aku ni? sebatang kara.. dah hilang tempat mengadu, tempat bermanja....sbb tu lah, aku sibukkan diri buat biskut, ambik tempahan itu ini supaya aku tidak bersedih mengingati nasib yang menimpa serta merindui mereka yang telah pergi.

    Buat ko yang masih ada rumah tua, bolehlah balik walaupun penat/kena beli barang tiap kali nk balik.Aku yg takde kampung ni, terpaksa la beraya kat KL...

    ReplyDelete
  2. kdg2 bila kita tgok org,kita rasa org tu lbh untung daripada kita.yelah sementelah masing2 ada lebih dan kurangnya kan.

    aku ni mmg nak blk kg...tapi yg atas2 aku tu...cam no aku buekkan..laki aku pun org kg.dia lagi pulak dah planitu ini kt kg.yelah kt kl ni nak tgok ayam pun susah.kt kglah kalau ye pun nak rasa suasana mcm ni.esk2 anak tak knl lak mana ayam mana kucing!...haru dibuatnya

    ReplyDelete

Blog Archive

CINTA

LUAHAN CINTA DI AWAL PERKAHWINAN TIDAK CUKUP,CINTA PERLU DIBAJA DAN DISIRAM AGAR KEKAL MEKAR DAN BERKEMBANG.CINTA BOLEH ADA DAN BOLEH KEMBALI TIADA JIKA TIDAK DIBAJA.CINTA PERLU DILUAH BUKAN DIPENDAM DIAM-suzana ghazali
Daisypath Anniversary tickers
Lilypie Kids Birthday tickers
Lilypie Second Birthday tickers

lalala